SKMM, polis siasat kes iklan jual data pengguna

Berpuluh juta data peribadi rakyat Malaysia didakwa dicuri antara tahun 2012 hingga 2015. ― Foto AFPBerpuluh juta data peribadi rakyat Malaysia didakwa dicuri antara tahun 2012 hingga 2015. ― Foto AFPPUTRAJAYA, 20 Okt – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  bersama polis sedang menyiasat laporan bahawa terdapat pengiklanan untuk menjual data pengguna yang disyaki diperoleh secara tidak sah.

Dalam kenyataan hari ini, SKMM berkata sebagai langkah pencegahan pihaknya telah meminta pentadbir laman sesawang lowyat.net untuk menurunkan iklan penjualan tersebut.

“Pentadbir laman sesawang tersebut telah memberi kerjasama menurunkan iklan serta artikel yang berkaitan,” katanya.

Suruhanjaya itu juga menggesa agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan isu tersebut sehingga pihak berkuasa melengkapkan siasatan. ― Bernama



Sumber SKMM, polis siasat kes iklan jual data pengguna

Related Posts :

0 Response to "SKMM, polis siasat kes iklan jual data pengguna"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect