BAGAN DATUK: Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta semua parti politik mengawal ahli masing-masing bagi memastikan tiada kekecohan berlaku pada proses penamaan calon esok.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semua pihak perlu mengelak kejadian tidak diingini berlaku selain menunjukkan tata tertib yang baik sepanjang proses itu.
“Kita harap semua parti politik yang menghantar calon di penamaan calon esok perlu menjaga parti masing-masing dan jaga negara.
“Kita harap seluruh negara tiada insiden, ini adalah proses demokrasi. Walaupun kita berbeza pendapat, imej kita di luar negara sedang diperhatikan," katanya pada sidang media selepas melakukan program ziarah di beberapa buah rumah di sini pada Jumaat.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata amaran itu turut melibatkan calon-calon bebas serta penyokong masing-masing.
Kata beliau lagi, arahan juga telah dikeluarkan kepada Ketua Polis Negara dan Ketua-Ketua Polis di peringkat negeri supaya mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang cuba membuat kekecohan tanpa mengira parti.
“Saya minta mereka supaya menjaga keamanan dan ketenteraman dan tidak berpihak (kepada sesiapa) jika berlaku kekecohan dalam kalangan penyokong ketika proses penamaan calon berjalan,” katanya.
Sumber
PRU14: KDN minta semua parti kawal ahli pada penamaan calon
Related Posts :
Nak nangis, anak TPM harap logo pelancongan ditukarPaparan logo ‘Visit Malaysia 2020’ dikritik ramai termasuk anak timbalan perdana menteri. — Foto ihsan Facebook/Rizal HakimmKUALA LUMPUR, 30… Read More...
Kes Indira: Mahkamah sivil boleh tafsir isu perundangan IslamM. Indira Gandhi menyambut gembira keputusan mahkamah, yang menyatakan penukaran agama anaknya tidak sah, di Mahkamah Persekutuan Putrajaya,… Read More...
Kajian: Payudara wanita Malaysia antara paling kecilKajian saiz payudara dibuat terhadap sekitar 400,000 wanita yang diukur menggunakan pita meter atau visual tiga dimensi. — Foto AFPLONDON, 3… Read More...
Malaysia Truly Asia Kempen Paling Berjaya Sehingga Hari IniMalaysia Truly Asia adalah antara kempen paling panjang dan paling berjaya anjuran Kementerian Pelancongan. Jingle unik kempen ini telah ban… Read More...
Video ulas fakta gula dalam Milo mengelirukan, kata NestleFakta dalam video yang mengulas tentang minuman Milo dan tular di media sosial adalah mengelirukan, kata Nestle. — Foto ReutersKUALA LUMPUR,… Read More...
0 Response to "PRU14: KDN minta semua parti kawal ahli pada penamaan calon"
Post a Comment