Orang ramai diminta tidak melindungi suspek dan menghubungi pihak polis jika memiliki maklumat berkaitan. — Foto ihsan Facebook/IPD KuchingKUCHING, 23 Okt — Seorang lelaki yang masih dalam tahanan reman melarikan diri dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini tengahari tadi.
Timbalan ketua polis daerah berkata Zulkipli Morni berjaya membuka gari lalu melarikan diri bersama sebuah kereta yang sudah menunggu di luar IPD.
“Kehilangan suspek disedari anggota polis bertugas dan usaha mengejarnya tidak berjaya selepas suspek terus menaiki kereta yang bersedia menantinya di luar kawasan IPD Kuching.
“Polis kini mengesan suspek dan nombor pendaftaran kereta dinaiki suspek tidak dapat dicam kerana ia sudah diubah suai,” kata Supt Abang Junaidi Abang Anuar seperti dilaporkan Harian Metro.
Abang Junaidi berkata Zulkipli, 34, direman kerana terlibat dalam satu kes rompakan dan dia dikesan melarikan diri menaiki Proton Iswara putih.
Katanya, kejadian kira-kira 1.30 tengahari itu berlaku ketika suspek berada di bilik pengawal bersama beberapa tahanan lain.
“Siasatan lanjut terhadap anggota polis yang bertugas ketika kejadian juga akan dijalankan sekiranya terdapat unsur kecuaian,” beliau dilaporkan berkata.
Orang ramai diminta tidak melindungi suspek dan menghubungi pihak polis jika memiliki maklumat berkaitan, kata Abang Junaidi.
Sumber Buka gari sendiri, lelaki lolos dari tahanan polis
0 Response to "Buka gari sendiri, lelaki lolos dari tahanan polis"
Post a Comment