IKBN belanja RM25,000 baiki dawai elektrik madrasah

Pengarah IKBN Wakaf Tapai Mohd Soufi Mohd Ibrahim (dua, kiri) memantau kerja pendawaian elektrik yang dilakukan secara percuma di Pondok Al-Huda, Wakaf Tapai hari ini. — Foto BernamaPengarah IKBN Wakaf Tapai Mohd Soufi Mohd Ibrahim (dua, kiri) memantau kerja pendawaian elektrik yang dilakukan secara percuma di Pondok Al-Huda, Wakaf Tapai hari ini. — Foto BernamaMARANG, 23 Okt — Seramai 40 orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, hari ini terlibat memberi khidmat percuma pendawaian elektrik kepada beberapa buah madrasah dan sekolah pondok terpilih di sekitar daerah ini dan Hulu Terengganu.

Pengarahnya, Mohd Soufi Mohd Ibrahim berkata program khidmat masyarakat ini diadakan bertujuan untuk memberi perkhidmatan pendawaian eletrik yang betul dan selamat, disamping turut membuat pembaikan saluran paip dan geriji besi kepada madrasah dan sekolah pondok terpilih di kawasan berkenaan.

“Sebelum ini kita telah membuat tinjauan ke tempat-tempat terpilih sekitar Marang dan Hulu Terengganu dan melihat masalah-masalah teknikal yang dihadapi seperti pendawaian, kimpalan dan paip.

“Kita telah memilih lima buah sekolah untuk diberi khidmat antaranya Pondok Al-Huda, Wakaf Tapai dan dan Madrasah Mazahirul Alam, Bukit Payong.

“Kita ambil inisiatif ini memandangkan banyak berlaku kejadian kebakaran yang disebabkan litar pintas dan pendawaian yang tidak mengikut spesifikasi.

“Kita membelanjakan kira-kira RM25,500 bagi kerja-kerja pembaikan dan membeli peralatan tambahan seperti kipas dan lampu untuk lima buah sekolah pondok dan madrasah pada program kali ini,” katanya kepada Bernama pada program Projek Bakti Prihatin, Dinamik dan Mahir di sini, hari ini.

Tambah beliau, pihaknya juga telah mempunyai tenaga kerja pakar dalam kalangan pelajar dan guru untuk membuat kerja-kerja penambaikan kecil terutama dari segi pendawaian elektrik dan pemasangan paip.

“Dengannya program sebegini, kita bukan sahaja dapat memberi khidmat kita secara percuma..tetapi dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari luar daripada waktu kelas..mana yang rosak kita cuba baiki dan tukar..mana yang masih elok kita cuba pulihkan agar dapat digunakan dalam keadaan yang lebih selesa,” katanya lagi.

Penghuni Pondok Al-Huda, Ura binti Kassim, 80 atau lebih mesra dipanggil ‘Mok Teh’ berkata beliau amat berterima kasih dengan khidmat masyarakat yang diberikan oleh pelajar IKBN Wakaf Tapai yang memberi keselesaan kepadanya.

“Mok Teh setahun sudah menetap di pondok ini..duduk di sini sebab ingin belajar ilmu agama..tetapi kedatangan pelajar IKBN ke sini membaiki pendawaian, dan lampu..menambah kipas yang mana perlu bagi memberi keselesaan untuk tinggal di sini.

“Kipas yang sedia ada sudah lama dan berbunyi..ada juga plak sambungan yang sudah rosak dan belum sempat dibaiki..alhamdulillah dengan kerja cermat mereka..dapat kami gunanya kembali,” katanya lagi. — Bernama



Sumber IKBN belanja RM25,000 baiki dawai elektrik madrasah

Related Posts :

0 Response to "IKBN belanja RM25,000 baiki dawai elektrik madrasah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect