BARU beberapa hari kerajaan Arab Saudi membenarkan wanita memandu di negara itu buat pertama kali, seorang lelaki ditahan hari ini, kerana mengancam untuk menyerang wanita yang memandu.
“Saya bersumpah atas nama Tuhan, jika ada kereta dipandu wanita rosak, saya akan bakar dia bersama keretanya” – Lelaki ugut bakar pemandu wanita Arab Saudi ditahan
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi melalui Twitter, polis di Wilayah Timur menahan lelaki terbabit dan kesnya akan diserahkan kepada peguam negara.
“Saya bersumpah atas nama Tuhan, jika ada kereta dipandu wanita rosak, saya akan bakar dia bersama keretanya,” kata lelaki itu melalui rakaman video pendek yang disiarkan di internet minggu ini.
Selasa lalu, Raja Salman menghapuskan undang-undang tidak membenarkan wanita memandu buat pertama kali, mulai tahun depan.
Menurut laporan media Arab Saudi, lelaki yang ditahan itu berusia 20-an dan ditahan atas arahan gabenor.
Dalam perkembangan berkaitan, media negara itu melaporkan Kementerian Dalam Negeri diarah menyediakan undang-undang berkaitan gangguan terhadap pemandu wanita dalam masa 60 hari.
Arahan itu menyatakan gangguan terbabit boleh membahayakan dan bertentangan dengan nilai Islam.
Sumber: Metro
Sumber “Saya bersumpah atas nama Tuhan, jika ada kereta dipandu wanita rosak, saya akan bakar dia bersama keretanya” – Lelaki ugut bakar pemandu wanita Arab Saudi ditahan
0 Response to "“Saya bersumpah atas nama Tuhan, jika ada kereta dipandu wanita rosak, saya akan bakar dia bersama keretanya” – Lelaki ugut bakar pemandu wanita Arab Saudi ditahan"
Post a Comment