Mayat lelaki dijumpai dalam loji kumbahan najis di Jalan Setia Indah 4/6, Taman Setia Indah, di sini kira-kira 11 pagi tadi.
MAYAT lelaki dijumpai dalam loji kumbahan najis. FOTO ihsan Bomba
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada 11.11 pagi untuk melakukan tugas khas berkenaan mengeluarkan mayat.
“Dua jentera termasuk pasukan tindakan khas bersama tujuh anggota dan dua pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau diketuai Komander Operasi PBK II Ronny Robert bergegas ke tempat kejadian serta tiba di lokasi pada 11.23 pagi.
“Operasi terkawal dan ditamatkan pada 12.11 tengahari dan mayat diserahkan kepada unit forensik polis untuk tindakan lanjut.
“Identiti mangsa masih belum dapat dikenalpasti,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sumber: Harian Metro
0 Response to "Mayat terapung dalam loji kumbahan najis"
Post a Comment