51 awang hitam dicekup di kawasan kediaman Flora Damansara dalam Ops Black Flora

PETALING JAYA: Seramai 51 warga asing yang menghuni di kawasan kediaman Flora Damansara, di sini, ditahan dalam serbuan besar-besaran menerusi ‘Ops Black Flora’, malam tadi.

 

 

51 awang hitam dicekup di kawasan kediaman Flora Damansara dalam Ops Black Flora

51 awang hitam dicekup di kawasan kediaman Flora Damansara dalam Ops Black Flora

 

Serbuan dijalankan secara bersepadu oleh Polis Kontinjen Selangor, dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Udara, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman serta Jabatan Imigresen Selangor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata operasi berkenaan menyasarkan unit kediaman serta kedai dan premis perniagaan yang menjadi tumpuan warga asing.

“Dalam operasi ini, kita memeriksa 70 unit kediaman dan tiga unit kedai meliputi blok A hingga blok H, Apartment Flora Damansara.

“Secara keseluruhan, seramai 171 warga asing dari pelbagai negara diperiksa dan 51 daripada mereka didapati terbabit dalam melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen,” katanya pada sidang media, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, Semua yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah serta menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Katanya, mereka yang ditahan terdiri daripada 43 lelaki dan lapan wanita, membabitkan 37 warga Nigeria; masing-masing empat dari Uganda dan Indonesia; India (dua); serta masing-masing seorang warga Kenya, Bangladesh, Nepal dan Thailand.

“10 individu yang ditahan juga didapati positif dadah, namun masih belum mengesan sebarang kesalahan jenayah lain,” katanya,

Dalam operasi sama, seorang warga Nigeria berusia 30-an, patah hidung dan tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat lima ketika cuba melarikan diri.

Lelaki berkenaan yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Sumber: Bharian



Sumber 51 awang hitam dicekup di kawasan kediaman Flora Damansara dalam Ops Black Flora

Related Posts :

0 Response to "51 awang hitam dicekup di kawasan kediaman Flora Damansara dalam Ops Black Flora"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect