Ahmad Idham di majlis pratonton filem ‘Zack Kapcai’, 12 Julai 2016. Beliau nafi mencari bahan lucah seperti didakwa blog hburan. ― Foto oleh Choo Choy May PETALING JAYA, 13 Sept ― Ahmad Idham Ahmad Nadzri nafi mencari bahan lucah di internet, sebaliknya sering menerima pautan daripada individu lain.
Pengarah filem itu berkata tidak mustahil dirinya terdedah dengan bahan itu ekoran penggunaan internet dan media sosial secara meluas, lapor mStar Online.
“Bohonglah kalau saya kata saya tidak pernah tengok video lucah,” katanya.
“Tetapi ia bukan saya yang mencari video seperti itu sebaliknya ada sahaja individu yang hantar bukan-bukan di laman sosial kita.
“Bila buka... rupa-rupanya ia kandungan yang tidak senonoh.”
Sebuah blog hiburan kononnya mendakwa beliau menonton video lucah dan meletakkan tanda 'like' pada video itu di laman sosial Twitter.
Ahmad Idham berkata beliau “baru tahu tentang perkara ini dan malas hendak layan” dakwaan tersebut.
“Sekarang banyak sahaja cara orang hendak malukan kita,” kata pengarah Pencuri Hati Mr Cinderella, meminta orang ramai tidak melayan isu tersebut.
Mei lalu, ketika mengulas kedatangan Maria Ozawa, Ahmad Idham mempertikai media yang “mengangkat bintang pornografi sebagai bahan berita”.
Sumber ‘Like’ porno? Ahmad Idham nafi cari bahan lucah
0 Response to "‘Like’ porno? Ahmad Idham nafi cari bahan lucah"
Post a Comment