Pesanan Che Ta Untuk Wanita Yang Bermadu Atau Suami Dirampas

Aktres jelita Rozita Che Wan (Che Ta) berharap mana-mana wanita yang bermadu atau suaminya dirampas orang lain, perlu kuat semangat dalam meneruskan kehidupan mereka.

Meskipun pahit untuk ditelan, kata Che Ta, perkara itu tidak seharusnya dikenang. Sebaliknya jangan berputus asa berdoa agar Tuhan menggantikn dengan yang lebih baik.

"Bagi wanita yang bermadu atau suaminya dirampas orang lain, jangan lagi dikenang perkara yang lalu.

"Kena teruskan hidup kerana Tuhan akan menggantikannya dengan yang lebih baik selepas itu," katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Isteri kepada pelakon Zain Saidin ini berkongsi luahan rasa tidak puas hatinya terhadap segelintir wanita yang suka merampas suami orang lain.

Sebelum ini, Che Ta pernah memuat naik status di laman sosialnya yang secara terang-terangan menyindir golongan wanita yang merelakan diri menjadi orang ketiga.

Sambil mengakui anti dengan golongan sebegitu, selebriti berusia 45 tahun ini juga berkata dia tidak faham mengapa ada perempuan sanggup menghancurkan hati wanita lain.

"Kalau ada pilihan untuk mengahwini lelaki bujang, mengapa perlu mencari suami orang? Saya memang tak boleh terima jika ada wanita yang sanggup menghancurkan rumah tangga orang lain.

Ditanya pihak media, apakah reaksinya jika ada pihak cuba untuk menggugat keharmonian rumah tangganya, sambil bergurau, pelakon Kiah Pekasam ini berkata wanita itu memang sengaja mencari nahas.

"Kalau perempuan itu berani, cubalah! Saya akan koyakkan mulut dia," katanya sambil tertawa.



Sumber Pesanan Che Ta Untuk Wanita Yang Bermadu Atau Suami Dirampas

Related Posts :

0 Response to "Pesanan Che Ta Untuk Wanita Yang Bermadu Atau Suami Dirampas"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.