
Memetik laporan Sinar Harian, pelakon berusia 23 tahun itu berkata hadiah itu diterima sebagai simbolik bagi menyesuaikan diri dengan 'dunia baharu' bakal suaminya.
"Bakal suami saya aktif dalam sukan polo dan permotoran. Saya pula suka ikut aktiviti dia.
"Lagi pula, ada kawan-kawan dia yang pasangannya juga join aktiviti tersebut.
"Jadi, dia kata, kenapa tak saya cuba?," katanya.
Biarpun tidak tahu menunggang, Elvina tetap menghargai pemberian istimewa terbabit.
"Sebenarnya, saya tak tahu apa-apa pasal kuda. Tunggang pun tak pernah. Tapi, bila dia dah bagi, saya terima saja.
"Jadi, dia pun mula ajar saya menunggang sikit. Mula-mula takut juga tapi lama-lama seronok. Sebab ia pengalaman baharu buat saya.
"Tapi, itu bukan bermakna saya perlu join semua aktiviti dia," katanya.
Dalam pada itu, Elvina mengakui berdebar menunggu detik hari bersejarah untuk disatukan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada 18 Mac ini.
Pada majlis yang sama nanti, pelakon yang mencipta nama menerusi drama Shhh... I Love You ini juga bakal mengikat tali pertunangan.
"InsyaAllah, kami akan bertunang terlebih dahulu sebelum dinikahkan.
"Majlis pertunangan ini dilakukan sekadar mengikut adat sekali gus permintaan pihak lelaki," katanya.
Untuk majlis resepsi pula, pasangan ini sepakat mengadakannya di lokasi sama, pada 24 Mac nanti.
Elvina dan Mohd Haniff yang juga seorang usahawan mula berkenalan rapat sejak awal tahun 2016.
Sumber Bakal Suami Hadiahkan Elvina Kuda Baka Argentina
0 Response to "Bakal Suami Hadiahkan Elvina Kuda Baka Argentina"
Post a Comment