PETALING JAYA: Media sosial dikejutkan dengan video animasi tiga dimensi (3D) mengenai gambaran tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa pada 14 Mei lalu.
“Hanya menambah sedih waris saja” – Video gambaran dalam bentuk 3D kejadian pusat tahfiz dibakar jadi viral, netizen persoal kewajaran ia dimuatnaik
Video berdurasi 3 minit dan 46 saat yang dimuat naik di halaman Facebook ‘Muhamad Harris Nasril’ pada Rabu didakwa sebagai rekonstruksi animasi yang menggambarkan kejadian berlaku di pusat tahfiz tersebut.
Ia turut mendakwa animasi itu memberi penjelasan tentang pelan lantai aras asrama pusat tahfiz tersebut berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa.
“Dimanakah terletaknya dua tong gas yang dibukakan injapnya? Bagaimana terdapat beberapa pelajar menyelamatkan diri?
“Bagaimana pula 23 yang lain terkorban dan terperangkap? Adakah pihak sekolah mengabaikan aspek keselamatan?,” katanya di laman sosial.
Video yang dimuat naik itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang selama ini hanya mengetahuinya berdasarkan laporan berita pelbagai saluran.
Apatah lagi ia mengundang kesedihan apabila menyentuh mengenai bagaimana kejadian berlaku termasuk mangsa cuba mencari jalan keluar menyelamatkan diri.
Seorang netizen mempersoalkan kewajaran analisis tersebut dibuat yang didakwa lebih kepada andaian yang membawa kepada persepsi negatif kepada umum.
Malah ada yang mencadangkan supaya beberapa pautan dan tarikh kenyataan dibuat pihak berkuasa mahupun rujukan sumber di dalam video berkenaan.
Namun segelintir netizen menyambut baik video rekonstruksi yang sedikit-sebanyak memberi pemahaman terhadap insiden.
“Saya betul-betul berharap agar tindakan maksimum diambil agar institusi lain memandang aspek keselamatan dengan lebih serius,” katanya.
Video yang dikongsikan ratusan kali itu turut mengundang emosi bagi mereka yang menontonnya, seolah-olah dapat merasai keperitan dialami mangsa.
“Sedihnya Harris, nampak jelas gambaran bagaimana budak-budak (arwah) cuba menyelamatkan diri, ‘gril’ penuh keliling dinding. Jatuh air mata,” kata seorang netizen.
“Aku puji usaha kau untuk tunjuk ‘real story’. Tapi aku rasa sedih sangat-sangat. Rasanya ramai yang sedih tengok. Aku tengok mula saja, terus tutup tak sanggup tengok apa yang budak-budak ni hadapi,” kata seorang lagi netizen.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi, 14 September lalu, 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangkap di tingkat tiga asrama bangunan sementara pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.
Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian tersebut dan tujuh suspek lelaki berusia antara 11 dan 18 tahun telah ditahan di sekitar lokasi.
Pada Khamis, dua daripadanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur atas pertuduhan membunuh dalam kejadian di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, dua minggu lalu.
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Rekontruksi Animasi 3D kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang menerangkan dengan jelas dan terperinci pelan lantai aras asrama pusat tahfiz tersebut berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.Semoga roh anak2 tahfiz terkorban ditempatkan dikalangan orang2 beriman.Kredit Owner Video: Muhamad Harris Nasril (https://goo.gl/Q5QBm6)
Posted by Siakap Keli on 29hb September 2017
Sumber: Mstar
Sumber “Hanya menambah sedih waris saja” – Video gambaran dalam bentuk 3D kejadian pusat tahfiz dibakar jadi viral, netizen persoal kewajaran ia dimuatnaik
0 Response to "“Hanya menambah sedih waris saja” – Video gambaran dalam bentuk 3D kejadian pusat tahfiz dibakar jadi viral, netizen persoal kewajaran ia dimuatnaik"
Post a Comment