Mahkamah Sesyen Kota Tinggi menjatuhi hukuman penjara 81 tahun terhadap kelindan lori yang mengaku melakukan sumbang mahram. — Paparan skrin GoogleKOTA TINGGI, 24 Okt — Seorang kelindan lori dijatuhi hukuman penjara 81 tahun dan lapan sebatan atas lima tuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Tertuduh, 50, mengaku salah kerana melakukan persetubuhan luar tabii, sumbang mahram dan cabul kehormatan anak perempuannya enam tahun lalu, lapor Harian Metro.
Lelaki tersebut dituduh memasukkan zakarnya ke mulut anaknya yang ketika itu berusia 11 tahun, selain melakukan persetubuhan dengan mangsa serta menggunakan kekerasan jenayah.
Semua pertuduhan berlaku di sebuah rumah berasingan di Taman Sri Saujana dan Felda Air Tawar 3 di sini, antara Mei 2011 hingga November 2014.
Mengikut Utusan Online, tertuduh adalah orang kurang upaya (OKU) yang ada masalah pendengaran.
Di mahkamah sama, bapa saudara mangsa pula dihukum penjara lima tahun selepas mengaku bersalah mencabul kehormatannya di Felda Air Tawar, Mei 2014.
Sumber Seks luar tabii dengan anak, kelindan lori dijel 81 tahun
0 Response to "Seks luar tabii dengan anak, kelindan lori dijel 81 tahun"
Post a Comment