Foto projek perumahan 50 tingkat di Tanjung Bungah, Penang dirakam pada 21 Oktober 2017, dua hari selepas kawasan cerun runtuh. ― Foto KE Ooi GEORGE TOWN, 24 Okt — Jabatan Alam (JAS) Sekitar tidak mengarah Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk projek di Tanjung Bungah, kata ketua menteri.
Mengulas kematian 11 pekerja akibat tanah runtuh di tapak projek itu Sabtu lalu, Lim Guan Eng berkata Pulau Pinang hanya perlu mematuhi EIA.
“Jika ada EIA, kita akan mematuhinya tetapi JAS tidak meminta ia dijalankan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau juga menegaskan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mematuhi semua peruntukan undang-undang yang ada.
Sementara exco kerajaan tempatan Chow Kon Yeow berkata pihak berkuasa itu mempunyai kuasa penuh untuk melulus atau menolak permohonan tersebut.
Beliau juga berkata JAS tidak bersetuju dengan projek perumahan mampu milik setinggi 50 tingkat itu kerana tidak cukup syarat zon penampan.
Baca seterusnya di Malay Mail Online
Sumber JAS tidak arah EIA di Tanjung Bungah, kata Guan Eng
0 Response to "JAS tidak arah EIA di Tanjung Bungah, kata Guan Eng"
Post a Comment