BEIJING: Gempa bumi berukuran 3.5 magnitud melanda Korea Utara berhampiran tapak ujian nuklear negara itu, hari ini, lapor ahli seismologi Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, pakar China berkata, gegaran itu hasil 'letupan yang dijangkakan' tetapi Seoul menyifatkan ia sebagai gempa bumi semula jadi.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi berpusat sekitar 20 kilometer dari tapak ujian nuklear Pyongyang, yang baru-baru melancarkan senjata keenam dan terbesar negara itu. - AFP
Sumber Gempa bumi 3.5 magnitud di Korea Utara
0 Response to "Gempa bumi 3.5 magnitud di Korea Utara"
Post a Comment