PASUKAN pilihan Liga Europa, Arsenal dan Atletico Madrid, masing-masing mengelak pertembungan di peringkat suku akhir apabila bakal membuat perhitungan dengan CSKA Moscow dan Sporting CP.
Pasukan asuhan Arsene Wenger itu membelasah AC Milan 5-1 secara agregat dalam pusingan 16 manakala Atletico menikmati keputusan hebat ke atas Lokomotiv Moscow menerusi kejayaan agregat 8-1, sekali gus menghantar amaran awal kepada pencabar mereka.
Kedua-dua kelab tetap mempunyai hasil undian yang sukar, terutama Arsenal, yang membabitkan perjalanan jauh ke Moscow, namun The Gunners dan Atletico dijangka akan meneruskan kemaraan.
RB Leipzig, yang menampilkan prestasi memberangsangkan pada musim sulung di pentas Eropah, akan menentang Marseille yang mengetepikan Athletic Bilbao 5-2.
Red Bull Salzburg, yang menyingkirkan Borussia Dortmund dalam pusingan terdahulu, akan menghadapi Lazio, yang dianggap kuda hitam, apatah lagi mereka kini menghuni tangga keempat Serie A.
Perlawanan pertama akan berlangsung pada 5 April manakala aksi timbal balik seminggu kemudian.
Undian suku akhir Liga Europa:
RB Leipzig lwn Marseille
Arsenal lwn CSKA Moscow
Atletico Madrid lwn Sporting CP
Lazio lwn Red Bull Salzburg
Sumber
Liga Europa: Arsenal, Atletico Madrid terlepas pertembungan awal
Related Posts :
Perlukah tanya sama pokok, kenapa ia tumbang?
KUALA LUMPUR: Pelbagai persoalan dan andaian berlegar dalam fikiran masyarakat berikutan isu pokok tumbang yang berlaku di Jalan Ampang, Ku… Read More...
Siapa mahu 'double date' dengan Tun M dan Tun Hasmah?DEMAM Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hangat, dan pastinya setiap pihak terutama yang bakal beradu pengaruh dan penguasaan sibuk mempersiap … Read More...
Rampasan kapal Equanimity tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB - KPN
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Haron menegaskan bahawa rampasan kapal layar mewah Equanimity yang didakwa milik Jho… Read More...
1,181 usahawan tani sertai agro teras, 95 peratus wanita
KUALA LUMPUR: Seramai 1,181 usahawan tani didaftarkan di bawah Agro Teras, program pembiayaan mikro Agrobank, bagi membantu usahawan kurang… Read More...
Krisis air: Semua OK saja, kata anggota Parlimen Shah Alam
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad berkata "semuanya baik sahaja", apabila ditanya mengenai krisis bekalan air di … Read More...
0 Response to "Liga Europa: Arsenal, Atletico Madrid terlepas pertembungan awal"
Post a Comment