SAN FRANCISCO/LONDON: Petisyen dalam talian bagi menyokong perkhidmatan e-panggilan Uber di London sudah berjaya mengumpul lebih 515,000 tandatangan dalam tempoh 24 jam selepas ia dimuat naik.
Ia juga dianggap usaha terakhir Uber, iaitu dengan meminta bantuan pelanggan supaya mereka boleh meneruskan operasi ketika bergelut dalam pertikaian dengan pihak berkuasa.
Pada Jumaat lalu, pihak berkuasa pengangkutan London melarang Uber daripada mengambil penumpang di bandar raya itu atas alasan keselamatan, sekaligus menarik balik lesen operasinya.
Namun, pemandu Uber dibenar meneruskan perkhidmatan sepanjang tempoh rayuan dikemukakan kepada pihak terbabit.
Keputusan terhadap Uber itu diambil selepas dilaporkan gagal melaporkan kes jenayah serius, tidak menyiasat latar belakang pemandu dengan secukupnya dan alasan keselamatan, sekaligus mengancam operasi firma Amerika Syarikat terbabit di London.
Berikutan itu, Uber menghantar e-mel kepada semua pelanggan mereka di London dan menggesa mereka menandatangani petisyen dalam talian.
Petisyen itu mendakwa pihak berkuasa terpengaruh dengan sebilangan kecil individu yang mahu menyekat hak pengguna. - Reuters
Sumber Lebih 500,000 tandatangani petisyen mahu Uber kekal di London
0 Response to "Lebih 500,000 tandatangani petisyen mahu Uber kekal di London"
Post a Comment