PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan berhubung saman salah guna jawatan awam dikemukakan mereka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan IMalaysia Development Berhad (1MDB).
Permohonan itu difailkan menerusi firma guaman Haniff Khatri Abdulla di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini.
Dalam usul permohonan itu, empat soalan undang-undang dikemukakan. Satu daripada soalan itu adalah sama ada salah guna jawatan awam atau melanggar fidusiari dalam jawatan awam adalah berkaitan dengan tugas hakiki seseorang itu, dan bukannya "kerusi atau kedudukan" dipegang seseorang.
Pada 30 Ogos tahun ini, Mahkamah Rayuan menolak rayuan dikemukakan bekas perdana menteri itu, bekas Naib Pengerusi UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas anggota Wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin.
Mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman mereka terhadap Najib.
Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina menyaman Najib pada 23 Mac, 2016, dan susulan itu perdana menteri memfailkan permohonan pada 19 April tahun ini untuk membatalkannya.
Pada 28 April 2017, ketika membenarkan permohonan Najib untuk menolak saman itu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa perdana menteri bukan seorang penjawat awam, tetapi seorang anggota pentadbiran.
Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan itu yang diketuai Hakim Tan Sri Idrus Harun memutuskan rayuan itu tidak mempunyai merita dan memerintahkan mereka membayar RM30,000 sebagai kos kepada Najib.
-- BERNAMA
Sumber
Dr Mahathir mohon kebenaran merayu kes saman salah guna jawatan awam
Related Posts :
Najib Razak luah rasa gembira tiada karpet merah dan bunga manggar digunakan ketika menyambutnyaPerdana Menteri, Najib Razak meluahkan rasa gembiranya apabila tiada karpet merah dan bunga manggar menyambutnya ketika di satu majlis di Ku… Read More...
Sahkan berkawan dengan kerabat, Fattah Amin mahu lihat Neelofa bahagiaPelakon kacak, Fattah Amin menerima dengan baik berita terbaharu iaitu persahabatan antara Neelofa dengan seorang kerabat diraja seperti dis… Read More...
Senarai 10 pantai paling cantik di MalaysiaMALAYSIA memang mempunyai banyak pantai-pantai yang cantik dan menarik serta mencari kawasan pantai di negara ini bukanlah sesuatu yang susa… Read More...
Sabah negeri pertama yang halang perogol bersiri, Selva Kumar masuk ke negeri ituPerogol bersiri yang tamat menjalani hukuman 24 tahun penjara di Kanada, Selva Kumar Subbiah akan dilarang masuk ke Sabah, kata Ketua Menter… Read More...
Isyraf Danish, pelumba F4 Malaysia yang menjadi kegilaan gadis-gadis di IndonesiaPELUMBA negara, Isyraf Danish Mohd Ghazali,16, kini menjadi kegilaan gadis-gadis Indonesia.
Isyraf Danish, pelumba F4 Malaysia yang menjadi… Read More...
0 Response to "Dr Mahathir mohon kebenaran merayu kes saman salah guna jawatan awam"
Post a Comment