Perogol bersiri yang tamat menjalani hukuman 24 tahun penjara di Kanada, Selva Kumar Subbiah akan dilarang masuk ke Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Sabah negeri pertama yang halang perogol bersiri, Selva Kumar masuk ke negeri itu
Menyifatkan bekas banduan itu sebagai individu yang berisiko tinggi, Musa berkata, kerajaan negeri memutuskan perintah larangan itu kerana menganggap lelaki berusia 56 tahun itu boleh membahayakan penduduk negeri itu terutama wanita dan kanak-kanak.
Selva Kumar yang dijatuhi hukuman penjara kerana puluhan kesalahan seksual pada lewat 1980an dan 1990an ketika bertugas sebagai ejen modeling, penerbit filem dan penari profesional telah dihantar pulang ke negara ini.
Selva Kumar dijangka tiba di Kuala Lumpur pada pagi Selasa.
“Kita tidak boleh mengambil risiko dengan membenarkan individu membahayakan itu bebas di negeri ini. Kita perlu melindungi penduduk Sabah,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, arahan melarang kemasukan Selva Kumar ke negeri berkenaan telah dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen Sabah dan ia berkuatkuasa serta-merta.
Sumber: Mstar
Sumber
Sabah negeri pertama yang halang perogol bersiri, Selva Kumar masuk ke negeri itu
Related Posts :
KPDNHEP Minta Pelanggan Tak Puas Hati Kailan Ikan Masin RM18 Buat AduanSejak semalam, tular sekeping resit memaparkan harga lauk bagi menu ikan jenahak yang dijual dengan harga RM90, kailan ikan masin, RM18, say… Read More...
Aaisyah Dhia Rana Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-7 dengan Tujuh Biji Kek! – “Pengsan Mak Hang”Anak kepada dramatis terkenal Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketujuh dengan tujuh biji kek.
Mener… Read More...
“Saya Sangat Tr4uma…Terus Mandi, Rasa Seperti Tak Boleh Nak Berdiri, Takut,” – Kuasa Doa, Vida Syukur Lega Cik B Bebas Cov1d-19Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida berkongsi perkembangan status kesihatan anak perempuannya, Cik B yang sudah pun pulih selepas disahkan po… Read More...
[VIDEO] “Rindu Sekor Kucing Yang Tiada Penghujungnya…” – Sayang Sangat Pada Tuannya…Kehilangan merupakan kesedihan nyata yang dialami oleh sesiapa sahaja tidak kira manusia ataupun binatang. Jika kehilangan atau kem4tian, ia… Read More...
Miliki D4rah Paling Rare, Wanita Malaysia Ini Antara 43 Orang Di Dunia Mempunyai Kumpulan D4rah RhnullUmum mengetahui terdapat beberapa kumpulan utama d4rah iaitu d4rah jenis A, B, AB dan O. Ianya ditentukan oleh genetik yang kita warisi dari… Read More...
0 Response to "Sabah negeri pertama yang halang perogol bersiri, Selva Kumar masuk ke negeri itu"
Post a Comment