Dalam kejadian sekitar 5.30 petang tadi itu, difahamkan sekurang-kurangnya 23 mangsa, 20 lelaki dan tiga wanita juga terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka berikutan mengalami sesak nafas selepas terhidu bau gas berkenaan.
Menurut Timbalan Penguasa dan Penyelamat Bomba Negeri Melaka, Kamaruzzaman Mohd Din, pihak bomba menerima panggilan sekitar 5.51 oleh orang awam yang terlihat kebocoran gas berwarna kuning dari sebuah tong setinggi yang dipercayai dibuang di rumah kosong berkenaan.Seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil dengan bantuan pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) digerakkan ke lokasi sebelum mendapati ada bau yang kurang menyenangkan dan memedihkan mata sebelum mengarahkan penduduk mengosongkan kediaman dalam kadar segera.
Difahamkan, hasil siasatan awal pihak bomba berjaya menemukan tujuh tong setinggi lapan kaki yang dipercayai berisi cecair kimia jenis klorin yang dibuang di sekitar rumah kosong berkenaan.
Bagaimanapun sehingga 9 malam ini, kerja-kerja penyelenggaran bagi mengenalpasti bahan kimia berkenaan masih dijalankan.
Sumber Gas bocor: 23 mangsa sesak nafas dikejarkan ke hospital
0 Response to "Gas bocor: 23 mangsa sesak nafas dikejarkan ke hospital"
Post a Comment