PEGAWAI Penerangan kepada Ketua Menteri, Zaidi Ahmad, ditampar peserta himpunan aman membantah campur tangan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam isu fatwa di Masjid Simpang Enam, Georgetown, 2.30 petang ini.
Video: Cuba buat provokasi, Mejar Zaidi ditampar depan masjid
Himpunan aman itu bertukar kecoh apabila dikatakan Zaidi cuba melakukan provokasi terhadap Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.
Mohamed Hafiz ketika itu sedang menyampaikan ucapan.
Tindakannya itu dihalang beberapa peserta sebelum seorang daripada mereka yang berang menampar mukanya secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya dikawal anggota polis cawangan khas (SB) yang berada di lokasi kejadian.
Perhimpunan itu kemudian berjaya disuraikan secara aman pada 2.40 petang.
Sumber: Metro
Sumber Video: Cuba buat provokasi, Mejar Zaidi ditampar depan masjid
0 Response to "Video: Cuba buat provokasi, Mejar Zaidi ditampar depan masjid"
Post a Comment