GEORGE TOWN: Beberapa kawasan panas atau
hotspot di beberapa buah negeri telah dikenal pasti dan perlu diberi lebih perhatian sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti, jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, kawasan panas tersebut dikenal pasti berasaskan laporan risikan yang diterima termasuk berdasarkan pengalaman pada pilhan raya umum yang lalu.
Justeru, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan panas itu bagi memastikan PRU14 berlangsung dalam keadaan selamat dan bersih.
"Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan proses PRU kali ini berlangsung dalam keadaan paling selamat dan aman tanpa wujud sebarang isu berkaitan keselamatan negara.
"Kita tidak akan menumpukan kepada negeri-negeri tertentu. Saya percaya jika dibendung dari awal, tidak akan ada negeri yang bermasalah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pada majlis pertemuan bersama anggota PDRM di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada Sabtu.
Katanya, beliau tidak mahu timbul sebarang kekacauan mahupun perselisihan sehingga wujud ketidaktenteraman biarpun kawasan-kawasan tersebut dikenal pasti sebagai lokasi panas.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa memberi kerjasama yang baik terhadap pasukan keselamatan dengan tidak melakukan sebarang provokasi .
"Kita mahu semua pihak menghormati tugas polis. Kita akan gunakan semua pasukan yang ada untuk mengelakkan kejadian tidak diingini dan keutamaan PDRM adalah rakyat," tambahnya.
Sumber
Kenal pasti kawasan 'hotspot' - TPM Ahmad Zahid
Related Posts :
Semakin kritikal, Julia Perez asyik nampak toyol, anak kecil di hospitalAKIBAT penyakit kanser yang dialaminya, penyanyi dangdut Indonesia, Julia Perez harus dirawat dan menginap di hospital sejak empat bulan lal… Read More...
“Menangis Bagai, Konon Bukan Punca Orang Cerai Berai” – Sikap Faye Kusairi Buat Netizen BengangBaru-baru ini kita digemparkan dengan berita tentang pernikahan antara pelakon wanita, Faye Kusairi bersama duda kepada Elly Mazlein iaitu A… Read More...
Gambar yang dimuatnaik Adi Putra sempena ulang tahun perkahwinannya bersama isteri pertama tarik perhatian netizenPercayalah, dalam hubungan rumah tangga bukan mudah untuk seseorang itu melenyapkan rasa sayang dan cinta terhadap pasangan mereka apabila h… Read More...
“Saya ingat saya dah jadi kain buruk, tapi tak sangka masih ada yang sudi ingat saya,” – Mazidul Akmal Sidek“Saya ingat saya dah jadi kain buruk, tapi tak sangka masih ada yang sudi ingat saya,” demikian luah bekas wartawan penyiaran terkenal TV3, … Read More...
Ikat kaki dan masukkan sesuatu dalam kemaluan, pelajar OKU ini didera cikgu perempuan berhati iblis!Tugas seorang guru adalah untuk mendidik anak-anak. Pastinya ibu bapa juga mengharapkan cikgu di sekolah mengajar anak mereka dengan baik. N… Read More...
0 Response to "Kenal pasti kawasan 'hotspot' - TPM Ahmad Zahid"
Post a Comment