Ikat kaki dan masukkan sesuatu dalam kemaluan, pelajar OKU ini didera cikgu perempuan berhati iblis!

Tugas seorang guru adalah untuk mendidik anak-anak. Pastinya ibu bapa juga mengharapkan cikgu di sekolah mengajar anak mereka dengan baik. Namun, berbeza pula dengan cerita yang dikongsikan wanita ini di inbox kami.

Ikat kaki dan masukkan sesuatu dalam kemaluan, pelajar OKU ini didera cikgu perempuan berhati iblis!

Ikat kaki dan masukkan sesuatu dalam kemaluan, pelajar OKU ini didera cikgu perempuan berhati iblis!

Adiknya merupakan kanak-kanak istimewa yang baru berusia 8 tahun. Adiknya seorang yang ceria dan happy-go-lucky. Tapi tiba-tiba berubah sikap kepada pendiam sejak ditukarkan ke kelas lain. Hampir menitis air mata kami bila baca apa yang cikgu ini buat kepada adiknya.

Murung, pendiam & tiada selera makan.

Bismillahirrahmanirrahim,

Pertama sekali aku nak cerita tentang adik aku. Adik aku ni istimewa. Kes dia rare sikit. Adik aku penghidap down syndrom, autism, dan hyper. Adik aku perempuan dan berumur 8 tahun bersekolah di sebuah sekolah pendidikan khas di Bangi. Adik aku pandai bercakap tapi sangat pelat dan dia memang type yang ceria dan suka bercerita aktiviti harian dia di sekolah dengan mak aku in her own way la. Setiap hari apa yang dia belajar dan ape kawan2 dia buat dan ape yg cikgu dia ajar semua dia cerita. Sehinggalah start dua minggu lepas. Adik aku ditukarkan ke kelas lain. Mak ayah aku berjumpa dengan gpk1 sekolah dan tanya kenapa adik aku kena tukar kelas sedangkan keputusan ujian pertama dia cemerlang compared to other student dlm kelas dia. Dan jawapan gpk1 tu ‘Ini arahan’.. Mak ayah aku akur sahaja laa. Ada seorang kawan dia ni chinese boy anak istimewa jugak ikut tukar kelas sbb tak boleh jauh dengan adik aku. Anak2 macam ni lain sikit kalau dah jumpa kawan yg ngam dengan dia memag macam tak boleh pisah dah.

Dalam kelas baru dia ni yang agak pandai bercakap hanya adik aku dan kawan baik dia tu je. Sejak adik aku pindah kelas ni setiap hari dia balek sekolah nampak letih dan mengantuk je. Adik aku kan hyper dia mmg tak pernah tido siang langsung tp start dia pindah kelas dia balek sekolah tido smpai laa ke petang dan selalu mengadu pening kepala dengan mak aku. Lepas tu dia dah pandai cakap perkataan2 yang tak senonoh. Which dia tak pernah sebut pon sebelum ni. Selera makan dia pon berkurang. Dia jadi murung dan pendiam. Mak aku memang dah tak sedap hati tapi hantar juga dia ke sekolah cuma mak aku request dengan guru kelas, ibu nak tunggu adik aku di luar kelas sebab risau apa2 terjadi dan sebab satu lagi mak aku pon perasan perubahan pada kawan baik adik aku ni setiap hari air liur dia meleleh je which sebelom tukar kelas tak mcm tu pon dan kawan adik aku pon jd pasif jugak. Tapi cikgu dia tak bagi tunggu. Alasannya sebab takut mengganggu konsentrasi pelajar lain.

Untuk pengetahuan semua mak ayah aku mmg tunggu adik aku setiap hari tp di luar pagar sekolah. Itu pon cikgu sekolah dia dh banyak kali tegur suruh mak ayah aku balek diorg ckp bg kepercayaan pd cikgu2 di situ tapi mak ayah aku mmg tunggu je.. tak mengganggu sesiapa pon duduk luar sekolah kann.

“Hiris lidah adik aku guna pin”

Okay, sambung kisah perubahan pada adik aku, pada hari Jumaat, 7/4/2017, balik sekolah tu adik aku mengadu pening kepala sangat dengan mak aku dan muka dia nampak tak bermaya. Mak aku suruh dia mandi dan mak aku tengok pada seluar dalam adik aku ade tanda lendir warna hijau. Mak aku fikir mungkin adik aku terkincit dlm seluar. Lepas tu adik aku buang air besar dan masa mak aku basuhkan mak aku dpt rasa lendir yang sangat banyak. Mak aku tanya dengan adik aku “kenapa ni dik ade ape2 jadi kat adik ke cerita laa kat ibu” Adik aku hanya diam dan jawab “adik letih laa ibu.. takpe ibu jgn risau adik kuat”.. Mak aku dah tak sedap hati.. Selepas mandi mak aku sikatkan rambut adik aku.. dan dia tak bg sbb sakit belakang kepala dia.. adik aku masih lg diamkan diri.. lepas mandi tu adik aku mkn sikit je sbb dia ckp lidah dia sakit.. lepas tu adik aku terus tido smpai ke petang.. keesokan harinya masih ada lg lendir hijau pd seluar dalam adik aku.. mak aku tanya dan adik aku masih lg tak cerita apa2.. dia hanya berdiam je.. selera makan pon takde dan dia murung..

Mak ayah aku bwk adik aku pergi x-ray sbb dia mengadu kepala dia sakit sgt dan mak aku pon boleh rasa belakang kepala adik aku ada benjol besar.. x-ray belakang kepala adik mmg penuh dgn kesan hentakan.. belakang leher pon ade kesan hentakan.. astargfirullah.. lepas drpd tu… mak aku mmg dh terkejut.. mak aku bwk adik aku pergi jalan2 kat shoping mall nak bg dia happy sikit.. tp adik aku ckp dia tak larat nak jalan jd mak aku hanya tolak dia dduk dlm troli je.. masa tu laa dia mula bercerita.. mak aku ckp.. ape jd kat adik ni.. cuba cerita dekat ibu… dan mulalah cerita ttg guru kelas dia yg berperangai iblis tu.. adik aku diseksa di sekolah selama 2 minggu.. penderaan fizikal dan seksual.. macam2 cikgu dia buat.. hiris lidah adik aku guna pin (sebab tu dia x nak makan).. ikat kaki adik aku dan heret ke tandas.. masukkan sesuatu dlm kemaluan adik aku.. bg adik aku mkn pil ape aku pon tak tau.. adik aku cerita kawan dia pon kena mkn pil tu.. dan cikgu tu paksa telan dengan hentak dada adik aku.. mmg ade kesan lebam pd dada dia.. cikgu tu panggil adik aku dgn kata2 kasar.. selama dua minggu mmg dia tak ajar adik aku ape2.. dia hentak kepala adik aku depan dan belakang.. tak sanggup dah aku nak cerita ape lg yg dia buat…

Kepada cikgu iblis.. kau tunggu di muka pengadilan.. untuk pengetahuan guru kelas adik aku ni seorang perempuan.. sampainya hati kau menyeksa seorang anak istimewa yg tak faham ape2..

Peringatan juga pd ibu bapa luar sana…rajin2 cek lebam atau perubahan pd anak2..benda nii boleh juga jd pd budak normal..tak mustahil dunia sekarang.

Saat ini mangsa masih di hospital untuk pemeriksaan lanjut. Dia masih trauma akibat perlakuan cikgu itu. Semoga guru yang terlibat akan diambil tindakan dan kena tindakan yang setimpal.

Kredit : Amal Syukhair & Siti Esha

Menerusi ruangan komen, kami paste satu cerita daripada pihak belah sana pula:

Benda ni berlaku di sekolah org rumah sy. Kna dgr penjelasan guru n pihak sekolah dulu. Budak tu bermasalah. Baru ditukarkan kelas tp parent x setuju. Dia trigger isu ni. Jgn lupa, kelas pendidikan khas ni bkn mcm kls biasa. Kedudukan antara kls rapat, guru ada 2 dlm stp kls. N pg ni dpt info, parent refuse utk buat medical check up atas ank dia tu. Sumthing fishy. Lg 1, guru2 smua sibuk dlm semggu dua ni, ada karnival, n sukan di luar (bndr sri putra & seksyen 15), tiba2 ada isu ni. Kes ni viral kt blog2 pn nmpknya atas initiatif pengadu – parent budak tu utk grab simpati umum.

Ada lbh kurg 5 tuduhan atas guru ni. Tp semuanya atas dasar syak smata2. Xde primary evidence atau testimony witness yg boleh support tuduhan makcik n pakcik tu.

Rasanya, kes ni payah nak lekat. Cikgu tu perempuan, budak tu pn perempuan. Budak tu dh beberapa kali tukar sekolah. Elok investigator officer track n hubungi sekolah2 lama budak tu.

My suggestion, lepas benda ni selesai, cikgu yg dituduh, buat saman qazaf atas ibu bapa mcm ni.

In conclusion, Islam ajar kita tabayyun dulu bila dengar sesuatu berita daripada puak2 fasiq.

Via: Oh Bulan

 



Sumber Ikat kaki dan masukkan sesuatu dalam kemaluan, pelajar OKU ini didera cikgu perempuan berhati iblis!

Related Posts :

0 Response to "Ikat kaki dan masukkan sesuatu dalam kemaluan, pelajar OKU ini didera cikgu perempuan berhati iblis!"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect