AOV: Misi M8HEXA.PenangFood menang di pentas antarabangsa

KUALA LUMPUR: Pasukan e-sukan mudah alih Arena of Valor (AOV) M8HEXA.PenangFood kini mempunyai misi untuk menjadi pasukan terbaik di rantau ini apabila mereka akan berentap di Grand Final Piala Valor Musim Pertama di Filipina, esok.

Kapten M8HEXA.PenangFood, Koay Wen Kai berkata mereka berhasrat untuk meberikan yang terbaik dan membanggakan rakyat Malaysia dalam arena e-sukan.

“Kami ingin berterima kasih kepada penyokong dan peminat kami. Sudah tentunya ia merupakan satu kebanggaan buat kami untuk mewakili Malaysia dan berlawan yang terbaik di Singapura dan Filipina,” katanya kepada Astro AWANI.

Grand Final Piala Valor yang berlangsung di Trinoma Activity Center, Filipina esok menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM89,000 (AS$23,000) dan turut disertai pasukan Will New Era dari Filipina dan pasukan Tamago dari Singapura.


Keunikan nama IGN

Selain kekuatan kerjasama pasukan dan skill permainan, M8HEXA.PenangFood turut mempunyai keunikan tersendiri menerusi IGN (nama samaran dalam permainan video) mereka yang diinspirasikan daripada nama makanan tempatan.

Contohnya, Wen Kai sendiri menggunakan nama IGN Char Koay Teow, Poh Jing Sheng sebagai Ice Kacang dan Loh Jia Siang menggunakan nama Rojak.

“Kami mahu orang ramai lebih senang kenal dan ingat apa yang menjadikan Pulau Pinang popular, iaitu makanan.

“Kami bersemangat untuk menunjukkan Pulau Pinang mempunyai para pemain e-sukan yang berpotensi tinggi, sama seperti dengan negeri-negeri yang lain,” kata Wen Kai.


Selain Wen Kai, Poh Jing Sheng dan Loh Jia Siang, M8HEXA.PenangFood turut disertai Khoo El Bin dan Poon Chee Wai.

Ditubuhkan pada tahun lalu, sasaran M8HEXA.PenangFood terbesar pasukan itu tahun ini adalah untuk menyertai sekali gus menjuarai Piala Dunia AOV 2018 yang akan berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.

“Kami mahu bermain dan mencabar pemain-pemain profesional dari seluruh dunia. Dengan penyertaan di kejohanan-kejohanan besar, kami berharap dapat memperbaiki mutu persembahan dalam e-sukan,” tambahnya.

AOV merupakan permainan mudah alih terbitan Garena dengan kerjasama pembangun Tencent. Baru-baru ini AOV dianugerahkan sebagai permainan multi-pemain terbaik dalam Anugerah Permainan Mudah Alih Antarabangsa (IMGA) ke-14.



Sumber AOV: Misi M8HEXA.PenangFood menang di pentas antarabangsa

0 Response to "AOV: Misi M8HEXA.PenangFood menang di pentas antarabangsa"

Post a Comment