Sesak! Rumah impian Sultan Ibrahim jadi rebutan rakyat Johor

rumah impian Sultan Ibrahim

rumah impian Sultan Ibrahim

Seawal jam 8 pagi, rakyat Johor hari ini membanjiri pusat membeli belah Galleria@Kotaraya di sini demi memohon Rumah Impian Sultan Ibrahim.

Jalan sekitar beli belah itu, melibatkan Jalan Duke, Jalan Trus, Jalan Abdullah Ibrahim dan Jalan Ungku Puan, sesak teruk ekoran pengunjung mahu mendaftar untuk mendapatkan rumah itu, lapor Berita Harian.

Keadaan trafik dan bilangan pengunjung meningkat pada majlis pra pelancaran 2.30 petang tadi yang disempurnakan oleh baginda.

Akhbar itu melaporkan baginda bertitah, fasa pertama rumah sebanyak 600 unit termasuk banglo dan Semi-D ditawarkan pada harga bawah RM100,000 untuk rakyat tanpa mengambil keuntungan satu sen pun.

Projek itu dibiayai Bank Rakyat dengan dana sehingga RM500 juta, manakala pembeli akan diberikan kadar faedah yang rendah mengikut gaji supaya mereka mudah membayar semula pinjaman.

Sumber: Projek MMO



Sumber Sesak! Rumah impian Sultan Ibrahim jadi rebutan rakyat Johor

Related Posts :

0 Response to "Sesak! Rumah impian Sultan Ibrahim jadi rebutan rakyat Johor"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect