Bertudung penuh dalam drama, Mawar Rashid belum sedia tutup aurat, harap doa peminat

Manis bertudung menerusi drama Suamiku Paling Sweet, pelakon Mawar Rashid berkata hatinya belum terbuka untuk tampil menutup aurat.

Mawar berkata tiada masalah jika drama berikutnya memerlukannya tampil bertudung kerana sudah terbiasa dalam drama sebelum ini. — Foto oleh Saw Siow Feng

Mawar, 22, berkata walaupun selesa bertudung sepanjang 30 episod penggambaran drama itu, namun doa peminat mampu merubah hatinya ke arah kebaikan.

“Saya gembira watak bertudung dan saya selesa dengan watak itu. Dengan bertudung saya mudah menjiwai watak, bersopan dan kelihatan manis.

“Itu keistimewaan dalam drama ini, tiada babak bersentuhan. Dengan tiada babak bersentuhan, orang tengok pun sejuk hati saja.

“Setiap wanita mesti ada keinginan untuk bertudung, cuma masa tidak tahu bila.

“Saya berharap hati saya terbuka dan ada yang mendoakan Mawar untuk berhijab, jadi wanita menutup aurat,” katanya kepada ProjekMMO.

 

Membawakan watak Qisha Iriz, Mawar berlakon sebagai isteri kepada Izz Heykal lakonan Syafiq Kyle.

 

Disiarkan dari Isnin hingga Khamis, drama arahan Zul Huzaimy turut menampilkan adik Nik Adam Mika, Liza Abdullah dan Chomel Fana.

 

Pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata tiada masalah jika drama berikutnya memerlukannya tampil bertudung kerana sudah terbiasa dalam drama sebelum ini.

 

“Kalau selepas ini watak bertudung pun, saya gembira untuk melakonkannya.

“Buat masa ini saya gembira dengan diri saya. Saya cuma mengikut rentak dan gerak hati sendiri,” katanya tersenyum manis.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Bertudung penuh dalam drama, Mawar Rashid belum sedia tutup aurat, harap doa peminat

Related Posts :

0 Response to "Bertudung penuh dalam drama, Mawar Rashid belum sedia tutup aurat, harap doa peminat"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect