Seorang pelajar tingkatan empat sedih dan terkilan dengan sikap ibunya yang menghilangkan diri tanpa khabar lebih setahun lalu tanpa mempedulikan keperluan lima anaknya.
Mohd Saifulnizam Mohd Nasir, 16, menggalas tugas menguruskan adik beradiknya yang berusia 7, 11, 14 dan 18 tahun, selepas ibunya Suhailani Wahab tidak pulang ke rumah, dikatakan telah berkahwin dan mempunyai anak, lapor Kosmo!.
“Selepas mak bernikah lain, mak terus tidak pulang ke rumah yang dibina arwah ayah dan tidak pedulikan kami semua,” kata pelajar tingkatan empat SMK Kubang Kerian itu .
“Kami adik beradik memang sedih dan terkilan dengan tindakan mak, namun kami tidak berdendam. Saya cuba hubungi mak, tapi tidak berhasil kerana mak sudah menukar nombor telefon.”
Mohd Saifulnizam berkata ayahnya Mohd Nasir Ibrahim meninggal dunia pada 2011 akibat paru-paru berair. Abang sulungnya, 20, pula berhijrah ke Singapura empat bulan lalu untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.
“Abang sulung ada kirim duit belanja pada ibu saudara, jadi dialah yang membantu dan memberi kami makan, minum serta beli kelengkapan barang sekolah.
“Sebelum abang bekerja di Singapura, dia berpesan kepada saya supaya menjaga adik-adik dengan sebaiknya dan mengingatkan walau apa pun berlaku, jangan berpisah dan menyerah adik kepada orang lain,” katanya.
Ditemui akhbar itu di Kampung Binjai di sini, remaja itu berkata ibu saudaranya Senah Ibrahim juga membantu membesarkan dua adik lelakinya berusia 7 dan 11 tahun.
Adik perempuannya, 14 tahun, pula tinggal di Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa. Laporan itu tidak menjelaskan situasi abangnya berumur 18 tahun.
“Apa yang saya harapkan buat masa ini, agar mak pulang ke rumah dan menjenguk kami di sini kerana adik bongsu amat merindui mak dan kerap memangis sejak dia ditinggalkan pada usia 5 tahun,” kata Mohd Saifulnizam.
Sumber: Projek MMO
Sumber Ibu sanggup lari kahwin orang lain, 6 beradik tak dendam
0 Response to "Ibu sanggup lari kahwin orang lain, 6 beradik tak dendam"
Post a Comment