Selepas viral kisah suami yang didakwa menjalin cinta dengan remaja tingkatan 3 seperti yang dikatakan oleh isterinya, lelaki tersebut tampil menafikan tuduhan terbabit.
“Itu fitnah dan tak betul” – Suami jawab tuduhan viral bercinta dengan budak tingkatan 3 ketika isteri dalam pantang
Baca post sebelum:
Dakwa beliau apa yang ditulis oleh isterinya itu tidak benar sama sekali apatah lagi fitnah tentang sudah melakukan hubungan seks.
Bukan kaki perempuan
Seperti yang dilaporkan oleh My News Hub, lelaki yang dikenali sebagai Kasiren itu menjelaskan hubungan cinta yang terjalin antara dirinya dan remaja berkenaan hanya sekadar ‘suka-suka’ memandangkan dia tertekan ekoran mengalami masalah rumah tangga.
Apa yang dia tulis itu tidak betul. Lagi-lagi fitnah mengenai kami sudah menjalinkan hubungan seks.
Saya akui bercinta dengan dengan dia. Tapi hanyalah sekadar suka-suka selepas saya tertekan mengalami masalah rumah tangga.
Saya berkawan dengan perempuan itu pun, saya jumpa dengan emaknya minta izin. Bukan main angkut bawa ke mana-mana. Saya juga bukan kaki perempuan seperti yang didakwa.
Akibat tuduhan terbabit, Kasiren telah pun membuat satu laporan polis. Dakwa Kasiren mereka berdua sekarang masih dalam proses perceraian setelah isterinya memfailkan permohanan fasakh isnin lalu.
Sepanjang kahwin, saya jadi babu (orang suruhan) dan selalu kena marah. Dia juga ikat saya hingga menyebabkan saya hilang kawan-kawan dan keluarga. Dia maki emak saya ‘binatang’.
Lama saya tahan dengan kelakuan biadapnya hingga perasaan cinta saya berubah. Saya stres terpaksa hidup dengannya.
Pendek kata, hubungan kami sudah mengalami masalah sejak awal perkahwinan lagi. Banyak lagi aibnya, namun lebih baik saya simpan dan merahsiakan.
Via: Oh Bulan
Sumber “Itu fitnah dan tak betul” – Suami jawab tuduhan viral bercinta dengan budak tingkatan 3 ketika isteri dalam pantang
0 Response to "“Itu fitnah dan tak betul” – Suami jawab tuduhan viral bercinta dengan budak tingkatan 3 ketika isteri dalam pantang"
Post a Comment