7 Perkara Berguna Tentang ‘Logo’ Yang Anda Boleh Belajar Daripada Syarikat Besar.

Sudahkah anda mempunyai logo? Apakah keunikan yang dipersembahkan dalam logo syarikat anda? Adakah ianya hanya logo biasa-biasa atau logo luar biasa yang bakal memberi impak besar dalam perniagaan anda.

Logo walaupun ianya nampak kecil tetapi ianya membawa imej besar dalam perniagaan anda. Bagaimana bisnes anda akan dikenali pelanggan hanya apabila mereka mengenali logo bisnes anda.

Lihat syarikat-syarikat gergasi hanya membawa imej mereka dengan logo yang simple tetapi tertanam di ingatan pelanggan seluruh dunia.

Kejayaan usahawan besar di dunia salah satunya adalah faktor penghasilan logo dalam sesuatu produk keluaran mereka. Kepentingan logo ialah untuk melambangkan kerja yang professional dan logo juga merupakan cara usahawan untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

#1- HP

Logo HP sendiri mempunyai pandangan yang polos dan kelihatan simple , yang menandakan kepercayaan dan kekuatan dari syarikat. Logo itu dibuat di dalam alun-alun dengan sisi melengkung. Di tengah-tengah logo HP, ada cincin dengan fon HPnya sendiri. Font tersebut tegak lurus di tengah, menandakan elegan dan perbezaan khusus untuk logo HP.

Warna logo HP berwarna biru dan putih. Kedua-duanya memberikan penampilan yang mudah dan canggih kepada logo. Skrin belakang berbentuk nilam menawarkan kontras tajam dengan fon putih. Jadi ini menjadikan logo kelihatan menarik dan memberi inspirasi kepada syarikat mana yang serius kepada dunia perniagaan.

Fon yang digunakan sangat mudah dan disajikan dalam gaya italik. Logo ini dibuat dengan gambaran yang terlihat secara menegak dengan sentuhan gaya bold dan cara yang unik sehingga diharapkan dapat menangkap kepekatan dan apresiasi dari penonton.

#2- Baskin Robbins

Logo yang menggabungkan huruf dan angka. Jika diteliti dengan betul, anda akan temui angka 31 pada warna pink. 31 yang melambangkan jenis flavour yang terdapat di Baskin Robbins.

Ais krim yang menjadi kegilaan terutama buat mereka yang kaya-kaya kerana menjadi lambang kemewahan jika dapat membeli dan merasainya. Apabila melihat logo ini pasti di fikiran kita akan terlintas ayat ‘mahal’.

#3- Mcdonald’s

Pasti ramai tidak mengetahui bahawa logo Mcdonalds itu mewakili sepasang payudara ibu. Bukan pada sisi yang tidak baik, tetapi sebaliknya menggambarkan makanan pertama anda ketika lahir ke dunia.

Ketika era tahun 1960-an, seperti yang dipetik dari laman BBC. Pada masa itu, syarikat yang dikendalikan oleh Richard dan Maurice McDonald sedang mempertimbangkan untuk menukar reka bentuk logo. Walau bagaimanapun, perunding reka bentuk dan psikologi, Louis Cheskin, mencadangkan McDonald’s tidak melakukannya.

Rupa-rupanya, Cheskin betul. Hari ini, gerbang emas McDonald adalah salah satu logo korporat yang paling dikenali. Menjelang tahun 2016, logo gerbang emas menghiasi 36,900 restoran di 100 negara. Hari ini, McDonald’s merupakan salah satu restoran rantaian makanan segera yang terbesar di dunia.

#4- Mazda

Berbentuk seperti sayap ianya membawa maksud sayap yang mampu membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi. Logo yang digunakan sekarang diperkenalkan dalam tahun 1998. Dalam bahasa Mazda sendiri, ia bermaksud mengambil semangat Mazda dan diperkuatkan lagi dengan huruf ‘M’ yang kelihatan seperti sepasang sayap yang akan membawa syarikat ke masa hadapan.

Bentuk ‘V’ di bahagian tengah pula bermaksud ciri kreatif, fleksibiliti dan kesabaran. Gelungan di bahagian luarnya pula bermaksud ciri dinamik yang akan memastikan syarikat sentiasa bersedia untuk masuk ke abad 21.

#5- Unilever

Walaupun syarikat Unilever ini menjadi pengeluar pelbagai jenis produk daripada jenis makanan, minuman, penjagaan diri dan lain-lain mereka tetap tiada masalah dalam menghasilkan satu logo yang mewakili semua produk jualan mereka.

Lihat bagaimana setiap simbol barang yang dikeluarkan syarikat ini ada dalam logo bentuk U itu. Ianya mewakili setiap kepelbagaian jenis barangan yang dikeluarkan syarikat ini. Nampak senang, tapi mungkin memerlukan sedikit masa untuk dapatkan satu logo simple yang boleh merangkumi semua produk dalam satu masa.

#6- Apple

Jenama yang berjaya menjajah minda pengikutnya yang saban tahun menanti hasil daripada sebiji epal. Sebiji epal yang dijadikan logo bagi produk Apple. Bagaimana sebiji epal itu terdapat kesan gigitan bagi membezakan pelanggan terkeliru sama ada ianya buah ceri atau tamota.

Buah dijadikan sebagai logo. Tapi uniknya logo ini adalah kesan buah itu digigit sedikit. Di sinilah letaknya kreativiti atau keunikan dalam penciptaan logo. Bukan ambil bulat-bulat sahaja. Jadikan logo itu sesuatu yang dapat menyelongkar ke seluruh minda dan hati bakal pembeli.

#7- Amazon

Satu lagi jenama company yang terkenal, logo Amazon. Anak panah di bawah logo pergi dari “a” ke “z”, menunjukkan bahawa Amazon menjual segalanya dari A sampai Z. macam-macam barang ada jual, buku, gadget, ebooks dan sebagainya.

Amazon tidak perlu  menerjemahkan produk keluaran mereka melalui angka tetapi cukuplah menggunakan huruf A sampai Z yang begitu sinonim dengan maksud ‘pelbagai’ kerana perjalanan huruf A untuk ke Z akan melalui huruf-huruf lain yang banyak.



Sumber 7 Perkara Berguna Tentang ‘Logo’ Yang Anda Boleh Belajar Daripada Syarikat Besar.

0 Response to "7 Perkara Berguna Tentang ‘Logo’ Yang Anda Boleh Belajar Daripada Syarikat Besar."

Post a Comment