Lelaki maut badan terputus dua

Lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Yahya Awal di sini, hari ini.

Dalam kemalangan 9 pagi itu, mangsa yang bekerja di hotel di Singapura maut dalam keadaan ngeri apabila badan terputus dua.

Lelaki maut badan terputus dua

Lelaki maut badan terputus dua

Timbalan Ketua Polis Daerah II Johor Bahru Selatan, Superintendan M Kumar berkata, mangsa yang berusia 28 tahun itu maut di lokasi kejadian.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari Jalan Hutan Bandar di sini menuju ke Jalan Lingkaran Dalam, gagal mengawal motosikalnya.

“Akibat kegagalan mengawal motosikal ditungganginya, mangsa kemudian masuk ke laluan bertentangan yang mana ketika itu datang kenderaan pelbagai guna (MPV) yang tidak sempat mengelak, lalu bertembung dengan motosikal mangsa.

“Akibat pertembugan itu, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah badannya terputus dua,” katanya.

Menurutnya, kes masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Lelaki maut badan terputus dua"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect