Dinobatkan sebagai ratu cantik transseksual Australia tahun ini, Laeticia Raveena berharap kemenangan itu membangkitkan isu hak sama rata transgender.
Walau pernah melalui jalan sukar bertukar sebagai wanita, cef itu mahu isu golongan mak nyah yang dianiaya dan didiskriminasi mendapat perhatian dan pembelaan antarabangsa.
Menang pertandingan ratu cantik di Australia, mak nyah Laeticia Raveena mahu tuntut hak sama rata di Malaysia
“[Pertandingan ini] pentas antarabangsa meningkat kesedaran mengenai transgender dan berjuang untuk hak sama rata,” katanya menerusi emel kepada Malay Mail Online.
Sabtu lalu, Laeticia yang menyertai acara itu di Melbourne menerima hadiah, termasuk baucer US$15,000 (RM66,450) untuk pembedahan gender di Hospital Kosmetik Kamol di Bangkok.
Bekas gadis pertunjukan Alcazar Cabaret di Thailand, yang menyertai beberapa pertandingan ratu cantik, melalui saat sukar di peringkat awal sebagai wanita transgender.
“Apabila saya memutuskan untuk menjadi perempuan, sukar sekali untuk mendapatkan sokongan atau rujukan,” katanya dalam satu kenyataan penganjur.
“Saya terpaksa mencari semua maklumat mengenai peringkat peralihan di internet dan dan tidak pula disokong rakan-rakan mak nyah yang telah beralih.
“Saya rasa tersisih dan diketepikan di saat-saat penting apabila seorang transgender muda seperti saya sedang bergelut dengan identiti [baru] dan tempat dalam masyarakat.”
Sumber: Malay Mail
Sumber Menang pertandingan ratu cantik di Australia, mak nyah Laeticia Raveena mahu tuntut hak sama rata di Malaysia
0 Response to "Menang pertandingan ratu cantik di Australia, mak nyah Laeticia Raveena mahu tuntut hak sama rata di Malaysia"
Post a Comment