Sekumpulan remaja bagai sengaja menempah maut apabila dikesan berenang di Sungai Kelantan, berdekatan Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini, dalam keadaan arus deras selain paras sungai tinggi.

Gelagat mereka dirakam seorang pengunjung sebelum dimuat naik ke laman sosial Facebook semalam, sehingga tersebar luas dan ditonton lebih 62,000 pengguna.
Tindakan remaja berkenaan mendapat pelbagai reaksi dengan ada yang mendakwa aktiviti berkenaan dilakukan penduduk yang mendiami tebing sungai sejak turun-temurun.
Bagaimanapun, ada yang mempersoalkan sikap ibu bapa membenarkan anak mereka mandi di kawasan berbahaya itu.
Menerusi video selama 58 saat itu, kumpulan remaja itu seolah-olah tidak takut dengan arus deras dan berenang dengan tanpa menggunakan alat keselamatan termasuk pelampung.
Sepanjang bulan lalu, empat kematian membabitkan kejadian lemas direkodkan di Kelantan masing-masing di Pantai Irama, Bachok; Pantai Tok Bali, Pasir Puteh dan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu.
Sumber: BH Online
lagi info di :
MALAYSIA TRENDING NOW
Related Posts :
Produser tak ada job, kini bawa grab car
PEMILIK syarikat produksi, Enuja Production, Zainuddin Mohd Ismail kini bekerja sebagai pemandu grab dan membantu di restoran orang lain un… Read More...
These Malaysian Girls Earn Up To RM10,000 Monthly By Just Live Streaming
The internet has transcended into a wonderful, magical, money-making place.
What was once a playground for curious people to gain knowledge… Read More...
Cristiano Ronaldo menyesal, mengaku masih cintakan Irina Shayk
TEMPAT jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermanja. Umum tahu hubungan bintang bola sepak Real Madrid dan supermodel kelahiran Rusia Ir… Read More...
"Saya bukan bodoh sangat nak 'selfie' berdekatan jenazah ibunya" - Zahirah Macwilson bidas Zul Ariffin
Pelakon jelita, Zahirah Macwilson, 23, menafikan tuduhan bekas kekasihnya, Zul Ariffin yang mendakwa dirinya seronok 'berselfie' bersama se… Read More...
Apa 'urang Sabah' suka di Facebook?KOTA KINABALU: Berapakah purata masa yang anda luangkan di media sosial setiap hari? Bagaimana ia mempengaruhi corak kehidupan anda?
Kalau a… Read More...
0 Response to "Tempah maut berenang di Sungai Kelantan"
Post a Comment