Kes pemandu lori dibelasah Datuk: “Jangan ingat ada gelaran boleh tindas orang susah”

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) akan mengutus surat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung insiden seorang pemandu lori dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki, Khamis lalu.

Kes pemandu lori dibelasah Datuk: "Jangan ingat ada gelaran boleh tindas orang susah"

Kes pemandu lori dibelasah Datuk: “Jangan ingat ada gelaran boleh tindas orang susah”

“Ikhlas terima aduan dan memandang serius perkara ini, kita tak nak ia jadi isu perkauman. Kita tak nak pemandu-pemandu lori diperlekeh.

“Jangan ada gelaran, kita boleh tindas orang miskin ataupun orang susah,”kata Presidennya, Mohd Redzuan Abdullah dalam satu sidang media bersama sekumpulan pemandu lori, di Sungai Besi, hari ini.

Katanya, dalam isu ini, Ikhlas melihat KDN perlu memandang serius, dan pihak Bukit Aman perlu bertindak menanganinya.

“Syabas dan terima kasih pada pihak polis kerana menangkap lagi tiga orang dan kami harap mereka didakwa ataupun perlu diberi hukuman yang berat,” katanya.

Selain sidang media, himpunan itu juga turut dihadiri kira-kira 250 pemandu lori untuk memberi sokongan kepada mangsa.

Dalam rakaman video yang tersebar Sabtu lalu, insiden itu menunjukkan lima lelaki memukul individu berhampiran di pondok pengawal di sebuah kondominium, di Ampang, Selangor.

Setakat ini, polis telah menahan empat individu dan merakamkan 15 keterangan berkaitan kejadian itu.

 
 
Sumber: Sinar


Sumber Kes pemandu lori dibelasah Datuk: “Jangan ingat ada gelaran boleh tindas orang susah”

Related Posts :

0 Response to "Kes pemandu lori dibelasah Datuk: “Jangan ingat ada gelaran boleh tindas orang susah”"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect