Konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends Di Astro Ria Hadiah Yonder Music Buat Pengguna

Konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends Di Astro Ria Hadiah Yonder Music Buat Pengguna
19 November menandakan genap setahun usia Yonder Music bertapak di Malaysia dan terus memberikan akses 15 juta lagu tanpa iklan kepada hampir 400,000 penggunanya kini.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sokongan semua pendengar dan pengguna Yonder, konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends yang telah berlangsung di Stadium Negara pada April lalu akan disiarkan di saluran Astro Ria pada 11 Disember ini jam 9 malam

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yonder Music, Adam Kidron, “Siti banyak membantu dan menyokong Yonder sejak mula tertubuhnya kami sehinggalah sekarang. Tahun 2016 merupakan tahun yang cemerlang buat Yonder dan kami yakin tahun 2017 akan lebih mengujakan. Yonder versi 2.0 akan menemui pengguna tidak lama lagi dan sudah pastinya akan lebih banyak kejutan”.


Bersempena dengan ulangtahun pertama ini juga, duta Yonder Music, Dato' Siti Nurhaliza telah menerima plak eksklusif ‘Hear Forever’ sebagai tanda penghargaan atas sokongannya.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yuna dan bintang Indonesia, Karel.
 

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends Di Astro Ria Hadiah Yonder Music Buat Pengguna"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect