
Ya, Kuala Lumpur ibu negara Malaysia yang sangat gah dan terkenal di seluruh dunia dengan kecantikkan bandaraya serta kemodenannya. Bahkan, Kuala Lumpur menjadi pusat pelancongan sejak dulu lagi.
Bertambah seri lagi apabila, Taman Tasik Titiwangsa bakal dibuka semula menjelang Januari 2020 kepada pengunjung. Tasik ini terpaksa di tutup sejak September 2018 untuk penambahbaikan.
Perkara ini disahkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di laman rasmi mereka.
Ramai yang kecewa pada waktu itu, namun kini mereka bakal dikejutkan dengan pelbagai mainan dan permandangan yang menarik dan sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga.
Ini beberapa keping gambar suasana siang dan malam yang dikongsikan oleh pihak DBKL untuk bakal pengunjung nanti.
Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur via Siakapkeli
sumber Sehinggit Media News
0 Response to "Ditutup Lebih Setahun, Ini Wajah Baru Taman Tasik Titiwangsa Yang Ramai Tak Tahu"
Post a Comment