
Seorang lelaki bertindak diluar kawalan apabila didakwa menikam mati isterinya sebelum menggantung diri gara-gara cemburukan bintang Bollywood, Hrithik Roshan.
Isterinya dikatakan amat meminati lakonan dan tarian aktor tinggi lampai berkenaan hingga menyebabkan suaminya berang dan cemburu.
Menurut kenalan mangsa yang merupakan seorang penyanyi karaoke di lounge tempat mangsa bekerja sebagai pelayan bar, wanita berkenan sememangnya pengemar dan sangat meminati Hrithik Roshan kerana akan setiap kali menonton filem dan lagu dari aktor tersebut.
Hal tersebut telah mengundang api kecemburuan suaminya.
Dalam kejadian Jumaat lalu, mangsa yang berpindah dari rumah yang didiami bersama suaminya bersetuju untuk singgah di apartmen suaminya untuk menonton filem dan meluangkan masa bersama sebelum pergi bekerja.
Sumber polis berkata, sekitar jam 7.30 petang (waktu tempatan), suaminya telah menghantar pesanan kepada adik isterinya mengatakan dia telah membunuh mangsa dan memberitahu kunci apartmennya berada di bawah pasu.
Suaminya kemudian meninggalkan mayat isterinya yang ditikam lalu dikatakan menggantung diri di sebuah pokok berhampiran padang rumahnya.
Sumber: New York Post via Siakapkeli.my
sumber Sehinggit Media News
0 Response to "Cemburu Isteri Minat Hrithik Roshan, Suami Tikam Isteri Sampai Mati Sebelum Gantung Diri"
Post a Comment