“Kerajaan jangan cukai saja, bantu artis buat album” – Anuar Zain

Pelbagai cukai yang dikenakan kepada penghibur seharusnya dijelmakan dalam pelbagai insentif bagi memastikan kelangsungan arena seni tempatan, kata Anuar Zain.

"Kerajaan jangan cukai saja, bantu artis buat album" - Anuar Zain

“Kerajaan jangan cukai saja, bantu artis buat album” – Anuar Zain

Penyanyi Lelaki Ini berkata kerajaan seharusnya membantu industri kreatif kerana kerja seni yang mereka lakukan sukar meyakinkan institusi kewangan.

“Saya harap kerajaan mampu memberi insentif kerana penyanyi susah mendapat pinjaman untuk membuat album. Saya perlu menyimpan.

“Jika pergi bank kata mahu pinjam duit untuk buat album, mereka tak akan layan. Mereka melihat tiada masa depan di mana industri kreatif ini tidak digalakkan,” katanya.

Penyanyi Ajari Aku ditemui ketika sesi ramah mesra bersama peminat di pasaraya besar Mydin di sini pada Ahad.

Majlis diadakan bagi mempromosikan album terbaharu Anuar memuatkan lapan buah lagu termasuk Andainya Takdir yang kini kerap dimainkan di corong radio.

Album kelima Anuar itu sudah pun terjual lebih 11,000 unit sejak ia mula dilancarkan sebulan lalu.

Anuar, 46, berkata kerajaan tidak seharusnya lepas tangan dalam membantu penggiat seni kerana kerja yang mereka lakukan mampu mengharumkan nama negara.

“Banyak cukai yang mereka [kerajaan] dapat daripada industri ini. Kita ada cukai hiburan, cukai kepada penyanyi dan pelakon. Banyak yang dicukaikan.

“Saya harap kerajaan membantu industri ini kerana kita boleh menempa sejarah melaluinya dan ini yang menunjukkan muzik Malaysia kita.

“Kita perlu bantuan kerajaan kerana dalam pembentangan bajet, kita tidak mendengar peruntukan untuk bidang hiburan.

“Bantu juga pendapatan kami dengan banteras muat turun haram,” kata adik Ziana Zain.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "“Kerajaan jangan cukai saja, bantu artis buat album” – Anuar Zain"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect