Video lelaki berparang rompak pemandu wanita di pondok pengawal di Ara Damansara

Video lelaki berparang rompak pemandu wanita di pondok pengawal di Ara Damansara

Video lelaki berparang rompak pemandu wanita di pondok pengawal di Ara Damansara

Pihak Polis kini sedang giat memburu suspek yang menyerang dan merompak seorang wanita di depan pondok keselamatan sebuah kawasan perumahan di Ara Damansara semalam, lapor The Sun Daily.

Pihak polis kini telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menjadi viral sejak semalam di mana menunjukkan seorang lelaki berparang telah merompak tiga orang wanita di hadapan pondok pengawal keselamatan.

Dalam video yang berdurasi kira-kira 1:15 minit dan 35 saat menunjukkan sebuah kereta Myvi yang dipandu mangsa telah diekori oleh sebuah kereta jenis Honda Civic bewarna putih, mangsa telah membelok berhenti di depan pondok pengawal keselamatan.

Keadaan itu tidak menakutkan suspek, sebalik suspek bertindak keluar kereta dengan membawa parang cuba merompak mangsa disebelah pemandu menyebabkan mangsa cuba melarikan diri dengan keluar kereta dari sebelah pintu penumpang bersama rakannya menyebabkan kereta bergerak sendiri melanggar palang keselamatan dan sebuah kereta dihadapan.

Pengawal keselamatan dikatakan tidak bertindak balas mungkin kerana takut apabila melihat suspek membawa parang dan ditunjukkan ke arahnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Kami mempunyai laporan polis berhubung kejadian itu. Kami sedang meneliti CCTV dan telah memulakan gerakan memburu untuk mengesan suspek,” katanya kepada theSun.

Difahamkan, kereta yang digunakan suspek untuk merompak telah ditemui oleh pihak polis.

 

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak.

 

Sumber: Siakapkeli



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Video lelaki berparang rompak pemandu wanita di pondok pengawal di Ara Damansara"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect