Namun, media dan peminat hanya akan mengetahui perkara sebenar selepas mereka pulang dari mengerjakan umrah melalui satu sidang media khas pada 23 November ini.
Bling! minggu ini menyenaraikan 10 pasangan selebriti yang pernah berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan media dan peminat mereka.
1. Aeril Zafril dan Wawa Zainal
ADVERTISING
Pasangan pelakon ini antara paling hangat diperkatakan media dan peminat. Aeril mendedahkan mereka bernikah dua kali iaitu pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari 2013 di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya.
Pasangan itu dikatakan mula bercinta selepas bergandingan dalam filem Klik pada 2010. Hubungan mereka sebagai suami isteri hanya diketahui umum pada Oktober 2013.
2. Ummi Nazeera dan Dr Izzar
Pasangan ini berjaya merahsiakan perkahwinan mereka yang sebenarnya sudah berlangsung seminggu sebelum tarikh diumumkan kepada media.
Ummi Nazeera mendedahkan dirinya sah bergelar isteri kepada Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai lalu melalui satu kenyataan media yang dibuat pada 3 Ogos, tarikh asal sepatutnya mereka bernikah.
3. Siti Elizad dan Shamsul Baharin
Selepas tiga bulan mengunci mulut, pelakon Siti Elizad, 31, mendedahkan sudah bernikah dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 43, pada 11 Januari 2015.
Pengakuan itu dibuat pada 7 April tahun sama. Elizad mendakwa terpaksa merahsiakan perkara itu demi menghormati permintaan keluarga. Apatah lagi bapanya yang uzur mahu majlis pernikahan itu hanya dihadiri keluarga terdekat.
4. Alyah dan Datuk Ramli MS
Hubungan sebagai suami isteri terbongkar selepas insiden ‘tangkap basah’ oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman mereka di Puchong pada Ogos 2014.
Mereka dilaporkan sudah berkahwin pada 18 Mac 2013, yakni lebih setahun sebelum insiden itu berlaku tanpa pengetahuan media dan peminat.
Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi ketika itu belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.
5. Ayu Damit dan Syed Fauzi
Juara program realiti nyanyian One In A Million musim kedua, Ayu Damit berkahwin dengan Syed Fauzi Syed Baharuddin yang berstatus duda pada 2009. Perkahwinannya dilangsungkan secara tertutup di Kuala Kangsar, Perak.
Statusnya hanya diketahui selepas setahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak sulung, Syed Nasrul Haikal yang kini berusia lapan tahun.
Pasangan itu semakin bahagia dengan kehadiran dua lagi anak iaitu Sharifah Alya Aryana, 5, dan Syed Aqif Najmi, 3.
6. Jue Aziz dan Bayu Pramana
Selepas tiga bulan merahsiakan pernikahannya, pelakon popular Zuliana Abd Aziz atau Jue akhirnya mengaku bergelar isteri kepada pemuzik dari seberang, Bayu Pramana Putra pada 9 Mac 2014 di Sulawesi, Indonesia.
Mereka berkahwin selepas tiga bulan perkenalan yang berputik di Hard Rock Cafe Pulau Pinang pada hujung November 2013.
7. Eja dan Mohd Silahuddin
Selepas hamil lima bulan barulah Siti Shahrizah atau Eja mengaku sudah bergelar isteri orang.
Lebih memeranjatkan peminat dan media, Eja mendedahkan sudah 10 tahun dia berkahwin dengan tokoh korporat, Mohd Silahuddin Jamaluddin.
8. Faizal AF4 dan Nur Ashikin Mior
Juara program realiti TV Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Faizal Ramly mengaku sudah berkahwin dengan Nur Ashikin Mior atau Ikin selepas isterinya itu hamil lapan bulan pada hujung November 2009.
Bekas pasangan suami isteri itu dipercayai mula menjalin hubungan selepas menjalani penggambaran filem Momok The Movie pada 2007. Mereka bernikah pada 12 Februari 2009.
Namun, pasangan itu bercerai beberapa tahun kemudian. Dua perkahwinan Faizal selepas itu yang turut disoroknya juga berakhir dengan perceraian.
9. Ashraf Muslim dan Sakinah Saburi
Pelakon ini berkahwin secara senyap dengan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi di sempadan Thailand pada 7 Julai 2013.
Pasangan itu mula mengenali antara satu sama lain sebelum pelakon itu berkahwin dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman yang dinikahi di Makkah pada 30 Ogos 2011.
Hasil perkahwinan itu, Ashraf dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sarah Asyraf dan Adam Asyraf . Manakala dengan Dayana pula seorang zuriat iaitu Anas Asyraf.
10. Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
Bekas pasangan suami isteri ini tidak pernah lekang dengan kontroversi. Mereka disahkan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 dan berjaya menyorokkan status mereka selama 10 bulan yakni selepas Rita disahkan hamil dua bulan.
Bagaimanapun, pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan menceraikan Rita dengan talak satu menerusi SMS pada Ogos 2013.
Namun, isu tuntutan nafkah anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 8, dan Airit Qaqa Arjuna, 6, oleh Rita terhadap bekas suami belum selesai sehingga ke hari ini.
Sumber Diam-diam rupanya dah nikah
0 Response to "Diam-diam rupanya dah nikah"
Post a Comment