“Saya terkejut bayi tiba-tiba muncul sebelah mayat ibu, tak pasti bagaimana bayi keluar dari rahim ibu”

“Menguruskan jenazah ibu muda berusia 19 tahun mangsa kemalangan sehingga anak dalam kandungan terkeluar dari rahim antara pengalaman sukar saya lupakan sepanjang 16 tahun menguruskan mayat.

Bayi keluar dari mayat ibu

Bayi keluar dari mayat ibu

“Tiga bulan saya tidak dapat lupa kejadian itu, saya bukan takut, tetapi terkejut melihat bayi yang cukup sifat itu secara tiba-tiba ‘muncul’ di sebelah ibunya ketika saya mencuci dada mayat yang hancur dilanggar lori.

“Saya tidak pasti bagaimana bayi itu boleh keluar sedangkan ibunya hanya cedera pada atas dada saja,” kata Norhayati Ibrahim, 57, menceritakan pengalaman dua tahun lalu itu.

Norhayati yang juga guru al-Quran di masjid Cendewasih, di sini, berkata sepanjang pembabitan menguruskan jenazah, dia berdepan pelbagai jenis mayat seperti mati lemas, penghidap HIV, H1N1, dibunuh malah ada yang tinggal rangka.

Katanya, lebih mencabar apabila berdepan mayat berbau, berulat dan hancur, ketika itu hanya kesabaran dan keikhlasan hati saja yang dapat menangkis dugaan berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "“Saya terkejut bayi tiba-tiba muncul sebelah mayat ibu, tak pasti bagaimana bayi keluar dari rahim ibu”"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect