Padah masuk wad dan curi telefon bimbit orang, lelaki patah kaki masuk longkang ketika lari

Padah mencuri telefon bimbit dan ingin segera melarikan diri, seorang lelaki berusia 27 tahun patah kaki kiri selepas terjatuh dalam longkang, kelmarin.

Pencuri masuk wad

Pencuri masuk wad

Dia sebelum itu mencuri telefon bimbit milik seorang lelaki berusia 20 tahun yang menjaga ibunya di Wad 8, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, suspek memasuki wad itu dan mencuri telefon bimbit mangsa kira-kira jam 2 pagi ketika mangsa sedang tidur.

Katanya, telefon jenis Samsung itu dibawa lari selepas mangsa menyedarinya apabila dikejutkan ibu yang sakit.

“Mangsa kemudian mengejar suspek dan dia berjaya ditangkap.

“Tetapi ketika dia cuba melarikan diri, suspek mengalami patah kaki kerana melompat pagar dalam kawasan hospital dan terjatuh dalam longkang,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, suspek kini ditahan di Wad Cempaka dan direman sehingga 1 Julai.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Padah masuk wad dan curi telefon bimbit orang, lelaki patah kaki masuk longkang ketika lari"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect