Budak tergemuk di dunia berusia 10 tahun terpaksa berhenti sekolah kerana selalu penat

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dipercayai menjadi kanak-kanak paling gemuk di dunia apabila berat badannya mencecah 192 kilogram.

Paling gemuk di dunia

Paling gemuk di dunia

Arya Permana yang berasal dari kampung Cipurwasari di Jawa Barat kini terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mampu berjalan-jalan dan sering kepenatan.

Berat badan Arya yang berlebihan itu juga menyebabkan ibu bapanya bimbang dengan kesihatan anak mereka yang boleh menyebabkan maut.

Ibunya, Rokayah berkata, Arya sentiasa lapar dan makan lima kali sehari dengan jumlah yang banyak, hampir dua kali ganda berbanding lelaki dewasa.

Katanya, anak kedua daripada dua beradik itu sering mengadu kepenatan dan sesak nafas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Budak tergemuk di dunia berusia 10 tahun terpaksa berhenti sekolah kerana selalu penat"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect