Najib Kesal Difitnah Waktu Ramadan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kesal dengan pelbagai tuduhan tidak berasas dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Namun, katanya beliau mengambil sikap bersabar terutamanya kerana tuduhan itu dibuat ketika umat Islam menjalani ibadah Ramadan.

“Mungkin orang sabar ini, tuhan berikan kemenangan kepadanya. Puasa ini bukan sahaja tahan lapar, tapi mulut pun kena tahan juga,” katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Berbuka Puasa di Kompleks Umno Uthmaniyah di sini, semalam.

Majlis itu, yang dihadiri kira-kira 10,000 orang, turut disertai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Ahmad Jazlan Yakub dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa.

Pada majlis itu, Najib yang mewakili Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) turut menyampaikan surat tawaran menunaikan haji kepada 14 Ketua Umno Bahagian di Kelantan.

BN menang besar di kedua-dua kawasan Parlimen itu dengan Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh majoriti 6,969 undi pada PRK Kuala Kangsar manakala Budiman Mohd Zohdi meraih majoriti 9,191 undi bagi PRK Sungai Besar.

Dalam pada itu, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata kemenangan besar BN jelas menunjukkan pembangkang kini dalam keadaan bercelaru kerana gagal menunjukkan perpaduan.

Menurutnya sepanjang tempoh berkempen, kedua-dua parti pembangkang yang bertanding iaitu PAS dan Parti Amanah Negara saling menyerang satu sama lain.

“PAS tembak PAN (Parti Amanah Negara), PAN pula tembak PAS. Mereka tak nampak (menyerang) BN,” katanya. — Bernama

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Najib Kesal Difitnah Waktu Ramadan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect