BN Menang Buktikan Rakyat Tolak Tipu Daya Mahathir, kata PM
Kemenangan bergaya Barisan Nasional (BN) menunjukkan usaha memburuk-burukkan kerajaan yang dikepalai Tun Dr Mahathir Mohamad gagal, kata perdana menteri.
Mantan perdana menteri itu menjadikan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai “pungutan suara” terhadapnya bersama gabungan pembangkang dengan bahasa kesat, kata Datuk Seri Najib Razak lagi.
Namun keputusan malam tadi yang menunjukkan majoriti BN semakin meningkat, di tambah kemenangan besar dalam pilihan raya Sarawak, menandakan penolakan rakyat, tambahnya.
“Mereka menolak tipu daya Tun Mahathir, mereka menolak gabungan bekas musuh-musuhnya, dan mereka menolak pembangkang yang tidak keruan — antaranya kerana bergabung dengan Tun Mahathir,” kata Najib dalam kenyataan.
Akibat persaingan tiga penjuru, BN menang besar di Sungai Besar dan Kuala Kangsar masing-masing meningkat kepada 9,191 undi (daripada 399) dan 6,969 undi (1,082) pada pilihan raya umum 2013.
“Saya melafaz ucapan terim kasih kepada rakyat yang meletakkan keyakinan pada BN sekali lagi,” kata perdana menteri selepas pengumuman keputusan.
“Sebagai kerana separuh penggal dengan diserang hebat oleh fitnah yang bermotifkan politik, kita berasa rendah diri atas kemenangan besar ini.”
Najib juga mengucapkan terima kasih kepada jentera kempen BN yang diketua oleh timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. “BN berjaya kerana kita bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "BN Menang Buktikan Rakyat Tolak Tipu Daya Mahathir, kata PM"
Post a Comment