Chickaboo ‘Ramal’ Itali juara Euro 2016 (VIDEO)
Burung unta popular, Chickaboo membuat ramalan juara kejohanan bola sepak Euro 2016 bakal menjadi milik Itali.
Chickaboo dalam rancangan televisyen terbitan Astro, “Obviously Harith Iskander” disuruh memilih salah satu makanan daripada lapan bekas yang diletakkan bendera negara Eropah.
Antara Jerman, Perancis, Republik Czech, Portugal, Belgium, England dan Sepanyol, Chickaboo memilih mangkuk berisi makanan dengan bendera Itali.
Klip video yang juga dimuat naik di laman Facebook rancangan itu ditonton hampir 200,000 kali dan lebih 2,700 perkongsian.
Video di laman Facebook itu yang dimuat naik 18 Jun juga menulis kapsyen Chickaboo “lebih bagus dari Si Sotong Paul”.
Chickaboo minggu lalu menarik perhatian ramai di media sosial apabila ditemui berlari laju di laluan kanan Lebuhraya Persekutuan.
Sebelum ini, seekor sotong bernama Paul menjadi popular apabila ramalannya tentang Sepanyol menjadi juara Piala Dunia 2010 menjadi tepat.
Itali mengalahkan Sweden 1-0 Jumaat lepas, menyertai 16 pasukan layak ke pusingan seterusnya di Euro 2016.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Chickaboo ‘Ramal’ Itali juara Euro 2016 (VIDEO)"
Post a Comment