Seorang kanak-kanak melecur di bahagian muka, badan termasuk kaki selepas pemetik api yang dinyalakan menyambar ketika ibunya mengisi minyak kereta di stesen Guchil, di sini semalam.
Pemetik api menyambar ke muka
Pemetik api menyambar ke muka
Sebelum kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa Saifuddin Ismail Din, 7, dikatakan mengikut ibunya, Zakiah Mohd Det, 31, ke pasar tani untuk menghantar cendol yang dijualnya ke pasar itu.
Mangsa walau bagaimanapun berjaya diselamatkan ibunya dan dikeluarkan dari kereta jenis wira yang dipandu ibunya.
Menurut bapanya, Ismail Din Awang Noor, 36, dia hanya mengetahui berita itu selepas menerima panggilan telefon dari isterinya yang terus membawa anak saya terus ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan.
“Anak saya kemudiannya dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (CCU) unit kebakaran di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk rawatan lanjut.
“Setakat ini anak saya stabil boleh bercakap, cuma dia ade mengadu sakit ketika bahagian melecur dicuci,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Kanak-kanak melecur di muka, badan dan kaki selepas pemetik api menyambar ketika ibunya mengisi minyak kereta"
Post a Comment