Lebih 500 pengguna Jalan Yong Peng – Segamat berhampiran bank di sini, terkejut melihat cebisan ayat suci al-Quran berterbangan dan bertaburan di jalan itu tengah hari tadi.
Cebisan Al-Quran bertaburan atas jalan raya
Cebisan Al-Quran bertaburan atas jalan raya
Pekerja pembersihan bank, Wahir Md Elah, 55, berkata, dia melihat cebisan itu kira-kira 12 tengah hari apabila pulang ke tempat kerja selepas pergi ke sekolah anaknya.
“Saya terkejut melihat banyak cebisan kertas bertaburan di atas jalan raya dan apabila diperiksa ia adalah cebisan al- Quran.
“Saya terus mengambil beg plastik dan mengutip cebisan ayat suci itu sebelum dibantu orang ramai yang juga pengguna jalan berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang ramai dan siasatan mendapati kejadian itu berlaku.
Katanya, kertas siasatan kini dibuka bagi mengenal pasti dan menahan dalang yang mengoyak dan membuang cebisan al-Quran itu..
“Pada masa sama, kami meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.
“Selain itu, saya berharap orang ramai bertenang dan jangan membuat sebarang spekulasi serta memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Cebisan Al-Quran bertaburan atas jalan raya"
Post a Comment