Seorang penunggang motosikal menangung azab apabila kaki kanannya hancur selepas motosikalnya berlanggar dengan sebuah kereta sewa petang semalam.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 4 petang di Kilometer 6 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor dekat Simpang ke Kampung Kulim.

Kaki hancur ketika ambil isteri pulang kerja

Kaki hancur ketika ambil isteri pulang kerja

Kaki hancur ketika ambil isteri pulang kerja

Mangsa, Hoo Hon Keong, 62, dikatakan dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk mengambil isterinya pulang dari kerja.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal bersendirian melintas untuk menghala ke Kota Bharu.

“Mangsa keluar dari susur sebelah Balai Polis Wakaf Bharu dipercayai melintas jalan menghala ke arah Kota Bharu.

“Manakala teksi (kereta sewa) itu menghala ke Pengkalan Kubor menyebabkan bertembung dengan motosikal mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akibat kecederaan parah di kakinya namun dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menurutnya, akibat perlanggaran itu kereta itu terbabas dan merempuh paip air besar tepi jalan menyebabkan paip itu pecah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.