BAHAYA SEKS ORAL
Kalau sebelum ini tabiat suka merokok dan mengambil alkohol dipercayai menjadi punca kepada penyakit barah leher dan kepala, namun terbaharu satu kajian mendedahkan sebanyak 70 peratus penyumbang utama penyakit kanser tersebut adalah disebabkan oleh seks oral yang boleh menyebarkan virus human papillomavirus atau papiloma manusia (HPV).
Memetik laporan yang disiarkan portal berita The Independent beberapa hari lalu, kajian tersebut dijalankan oleh ahli sains Kolej Perubatan Albert Einstein di New York, menyatakan bahawa wujud hubung kait yang kuat antara virus HPV, yang merebak dengan cara seks melalui mulut dengan kedua-dua kanser tersebut.
Menurut laporan tersebut yang memetik kenyataan ahli sains sebagai berkata, risiko seseorang individu terdedah kepada barah leher dan kepala adalah tujuh kali ganda atau lebih tinggi melalui seks oral berdasarkan dua hasil kajian membabitkan 97,000 orang.
Pada peringkat awal kajian ini, mereka yang diuji kaji diberikan sampel ubat pembersih mulut untuk memastikan mereka bebas daripada kedua barah tersebut.
Kemudiannya, para penyelidik akan memeriksa sekali lagi responden yang terlibat selepas tempoh empat tahun dan mendapati sebanyak 132 kes barah leher dan kepala dikesan.
Setiap seorang yang terkena barah tersebut dibandingkan dengan tiga orang yang tidak dijangkiti kanser.
Malah, para penyelidik mendapati bahawa virus tersebut juga boleh dikesan melalui sampel ubat bersihan mulut, namun ia boleh dicegah dengan pengambilan vaksin.
Dan mereka yang sudah dijangkiti HPV-16 dalam sampel awal lebih berpotensi iaitu 22 kali untuk mendapat kanser dibahagian tengah saluran tekak.
Laporan tersebut juga menyatakan, penyebar utama barah ini juga dijangka makin meningkat menjelang tahun 2020 dan diramal mengatasi barah pangkal rahim.
Terdahulu, isu barah ini mencuri perhatian khalayak ramai berikutan pelakon terkenal Michael Douglas mengakui bahawa beliau terkena kanser tersebut akibat seks oral.
Doyglas, 71, dikesan mendapat barah lidah pada tahap serius pada Ogos 2010.
Bagaimanapun, minggu lepas media antarabangsa melaporkan pelakon “Basic Instinct” dan “Fatal Attraction” itu telah bebas daripada barah berkenaan selepas lima tahun menderita virus itu.
0 Response to "BAHAYA SEKS ORAL"
Post a Comment