Empat bulan tiada gaji, kereta pemain kena tarik

Sebahagian pemain Kuantan FA meninggalkan pasukan berikutan gaji mereka tidak dibayar selama empat bulan. — Foto ihsan Facebook/Che DinSebahagian pemain Kuantan FA meninggalkan pasukan berikutan gaji mereka tidak dibayar selama empat bulan. — Foto ihsan Facebook/Che DinKUALA LUMPUR, 16 April — Selepas empat bulan tidak dibayar gaji, pemain Kuantan FA membuat keputusan untuk tidak tampil menentang pasukan lawan.

Pengendalinya, Ismail Zakaria berkata ramai pemain meninggalkan pasukan ekoran tiada pendapatan bulanan, , lapor mStar Online.

Beliau berkata hanya ada lebih kurang 14 pemain sahaja manakala bakinya “balik kampung” berikutan masalah “periuk nasi”.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana tugas saya hanya di padang. Malah saya sendiri pun berdepan dengan masalah yang sama (gaji),” katanya.

“Cuma sekarang ini saya kesiankan pemain-pemain. Sumber pencarian mereka terbantut. Ada yang kereta sudah kena tarik. Nak tanggung keluarga, nak bayar rumah dan sebagainya”.

PDRM semasa pertemuan pada Ahad mendapat kemenangan percuma 3-0 selepas Kuantan FA tidak tampil memberi saingan.



Sumber Empat bulan tiada gaji, kereta pemain kena tarik

Related Posts :

0 Response to "Empat bulan tiada gaji, kereta pemain kena tarik"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.