Polis Kota Kinabalu menyiasat kes penemuan mayat bayi di taman permainan Taman Saga, Kolompong, Kota Kinabalu.— Paparan skrin GoogleKOTA KINABALU, 16 April — Mayat bayi ditemui tertanam di taman permainan Taman Saga di Kolombong di sini, hari ini.
Mayat yang belum tanggal tali pusat dan berbalut kain putih ditutupi pasu bunga sebelum dikesan dua anjing yang mengorek tanah jam 8 pagi, lapor Harian Metro.
Pemilik haiwan itu, dikenali sebagai Wong, 50, membuat aduan polis selepas dia mendapati ada mayat bayi pada kesan korekan anjingnya.
“Curiga dengan tingkah laku anjing itu, saya menghampirinya dan terkejut apabila melihat kain putih yang di dalamnya ada mayat bayi,” katanya, menetap di taman perumahan itu.
Beliau mengesyaki bayi tersebut ditanam di situ malam tadi berikutan dia ada membawa tiga anjingnya ke lokasi sama jam 5 petang semalam.
Ketua polis daerah Kota Kinabalu ACP M Chandra mengesahkan penemuan mayat bayi itu. Siasatan mengenai kes tersebut sedang dibuat.
Sumber Tanam mayat bayi di taman, dua anjing korek tanah
0 Response to "Tanam mayat bayi di taman, dua anjing korek tanah"
Post a Comment